UMNO memang cukup bijak , slogan demi slogan dijaja kepada rakyat bukan sahaja bagi menyokong kepimpinan mereka tetapi bagi bagi membantu mengukuhkan dan memperkuatkan bukan sahaja kedudukan parti itu tetapi juga diri mereka secara peribadi .
Slogan parti menguasai kerajaan adalah salah satu daripadanya dimana keadaan hari ini dimana BN memang mengusai kerajaan yang ada pada masa ini baik di negeri , pusat mahupun kerajaan tempatan .
Tidak cukup dengan itu , mereka bukan sahaja mahukan projek kerajaan dibawah pengaruh mereka disamping jawatan-jawatan saperti wakil rakyat , ahli majlis atau pengarah-pengarah disyarikat GLC , sekarang apa sahaja yang berlaku mesti melalui jari jemari mereka .
Begitu lah hebatnya Umno , tidak cukup lagikah bila saorang itu menjadi wakil rakyat , dia juga lah yang menjadi ahli majlis daerah dan dia jugalah yang menjadi pengarah syarikat GLC , apakah ini sebenarnya intipati slogan parti menguasai kerajaan .
Jika umno begitu kuat dengan 3.5 juta ahlinya , adalah lebih baik kalau ketua bahagian menjadi pegawai daerah dan YDP majlis tempatan , timbalannya sebagai ketua penolong pegawai daerah , naib ketua sebagai pen. pegawai daerah sementara AJK bahagian sebagai penghulu dan juga ketua-ketua jabatan di peringkat daerah saperti jurutera JPS daerah , pegawai kebajikan daerah atau mungkin JD JKR .
Sementara ketua cawangan menjadi ketua kampong dan AJK cawangan Umno menjadi JKKK , bukan kah itu lebih mudah bagi parti khususnya Umno menguasai kerajaan sepenuhnya .
Manakala kroni , anak mahupun isteri-isteri menjadi pegawai kerajaan disemua peringkat dan mereka harus diberikan peluang menguasai bukan sahaja projek pembangunan tetapi juga PPRT , bantuan kemiskinan dan kebajikan termasuk program rumah kos rendah .
Mudah sahaja slogan parti menguasai kerajaan diimplimentasikan dan percayalah , dalam perhimpunan Umno akan datang , slogan ini tidak akan timbul lagi dan kalau timbul pun ianya semata-mata satu pujian bahawa slogan itu telah membawa banyak kesenangan , kemewahan dan kepada pemimpin Umno tertentu .
Maka mudah lah untuk mereka bermewah-mewah , memberikan sumbangan pada masjid dan surau , membantu rakyat yang inginkan sadikit wang apabila kehabisan beras atau menunjuk-menunjuk sikap pemurah dan baik hati mereka .
Selanjutnya , slogan itu bergerak keperingkat negeri dan pusat , dimana parti Umno atau kalau lebih baik lagi parti BN menguasai segala-galanya .
Lagi pun yang memerdekakan Negara ini adalah BN melalui perikatan manakala rakyat parti lain tidak menyumbang apa-apa ?
Begitu lah kehendak slogan tersebut , biarpun hakikatnya sekarang memang parti menguasai kerajaan tetapi ianya masih tidak cukup disebabkan tombolok mereka sangat besar dan perlu diisi dengan banyak .
Tidak cukup masaalah yang dihadapi oleh pegawai daerah , penolong pegawai daerah mahu pun penghulu atau ketua jabatan daerah bila melaksanakan satu-satu projek kerana ada sahaja tangan ghaib yang cuba untuk memastikan projek itu jatuh ketangan kroni tertentu .
Soal kualiti kerja tidak lagi menjadi ukuran asalkan kroni mereka yang mendapatnya tetapi jika bukan , bermakna akan adalah komplen yang bukan sadikit terhadap pegawai yang melaksanakannya .
Jika begitu , baik diserahkan sahaja jawatan jurutera daerah kepada pimpinan Umno bahagian termasuk wakil rakyat dan dengan kekuatan dan kepakaran mereka yang sememangnya hebat , biarlah mereka melaksanakannya untuk kepentingan rakyat .
Maka terlaksanalah slogan parti menguasai kerajaan dan kalau boleh biarlah parti seramai 3.5 juta itu juga menguasai rakyat 27 juta dinegara ini .
Pedas eh – bagaimana pula kalau slogan baru dicipta - kerajaan menguasai parti
AMBIL IKTIBAR DARI KISAH BUPATI GARUT
12 years ago