Sunday, February 22, 2009

BILA PENULIS BERSUARA

SEJARAH membuktikan apabila penulis sudah bersuara , maka perubahan pasti akan berlaku .

Mereka yang maklum saja dapat mengesan perkembangan itu kerana apabila Datuk A Samad Said sendiri mengajak rakyat menggunakan kuasa undi mereka semasa pilihanraya nanti terhadap mereka yang bercakap bahasa Melayu tetapi merosakanya pula , bermakna gerakan kearah itu telah bermula .

Sudah tentu penggunaan kuasa undi ini di lontarkan satelah tidak berpuas hari dengan dasar PPSMI yang mengagungkan BI daripada memberikan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah .

Dulu Syed Hadi Al Hadi , Pak Sako , A Samad Ismail dan ramai lagi adalah gulongan penulis yang mencorakan pemikirana rakyat dan sekarang gerombolan A Samad Said dan rakan-rakannya baik dalam Gapena mahupun Ngo's lain meminta rakyat menggunakan kuasa undi untuk menentukan dasar PPSMI di undur semula .

Rakyat mungkin berdiam diri , menyimpan rasa amarah dalam hati , menantikan masa yang sesuai untuk menyuarakannya serta dan tidak berketerlauan menyokong gerakan itu , tetapi dibenak mereka tersimpan satu perasaan , pengajaran akan diberikan juga nanti .

Rugi jika mesej sebegini hebat tidak didengari oleh mereka kerana atas dasar bahawa menjilat semula ludah yang sudah diluahkan menjatuhkan martabat mereka .

Jika begitu , apa lagi yang boleh dibuat kecuali kuasa undi .

Kuasa yang mungkin boleh mencorakan pemikiran semua termasuk yang berkuasa supaya memahami , kuasa yang dipinjamkan dari rakyat bukan untuk berbuat sesuka hati tetapi haruslah mengikut aspirasi rakyat itu sendiri .

Hai rakyat , buktikan dulu dalam pertandingan di dua bukit ini sebelum pilihanraya yang lain .


Pedas Eh - terlalu pedih mengenangkannya .

Wednesday, February 18, 2009

PANAS... PANAS

CERITA politik di Perak makin bertambah panas , ada saja isu baru setiap hari.

Tak pernah henti biarpun kerajaan baru dah dibentuk , kerajaan lama katanya masih ada lagi .

Lepas satu , satu lagi isu yang timbul dan semuanya memeningkan kepala rakyat .

Entah mana satu yang betul , BN kata macam ini , PR pulak kata macam itu .

Ahli akademik beri pendapat berbeza-beza , ada yang sokong BN dan tidak kurang juga yang beri pendapat sebaliknya .

Kemudian pengamal undang-undang pun berbeza pendapat , jadi mana satu yang hendak kita dengar dan ikut .

BN mungkin berjaya mengusai kerajaan negeri , tetapi PR menguasai Dewan Undangan Negeri .

Jika persidangan dewan dibuat , kemudian ada usul undi tak percaya kepada MB baru , apa akan jadi ?

Dengan penggantungan 7 Adun BN termasuk MB baru serta taraf tiga lagi adun , satu Dap dan dua Pkr yang belum menentu , apa yang bakal berlaku .

Apakah akan berlaku untung sedikit , rugi besar ?

Entah lah , mungkin mengambalikan kepada rakyat untuk buat keputusan adalah jalan terbaik .

Tapi siapa nak dengar padangan kita ….


Pedas Eh – sesekali dengarlah pandangan rakyat bawahan

Sunday, February 15, 2009

ANAK TEMPATAN KE TIDAK ?

SAMA ada BN atau Umno atau PR dan Pas hendak meletakan anak tempatan atau tidak , tidak memberi banyak makna kerana calun bukan lagi kriteria utama di Bukit Gantang .

Isu utama ialah rakyat mungkin jelak dengan parti tertentu yang dilihat tidak mahu berubah , gelojoh dan bongkak .

Bagi mereka , parti itu umpama US , ditegur tak jalan , dinasihatkan tak diterima dan silap tegur boleh makan diri semula .

Paling menyakitkan hati , cakap tak serupa bikin , orang lain buat semuanya salah , semuanya tidak mengikut undang-undang tetapi jika sendiri buat , betul pulak .

Bercakap bijak , tidak mahu rasuah dan menolak sekeras-kerasnya rasuah tetapi yang paling banyak kena dakwa rasuah parti itu juga , jadi apa sebenarnya yang dicakap dan dibuatkan ? .

Oleh itu , tidak ada cara terbaik untuk membetulkan penyakit dalam parti itu kerana ianya telah mendarah daging sahingga menjadi sebahagian batang tubuhnya dan jika dibuang sebahagian , akan lenyap parti itu , sebab ia telah jadi budaya dan perlu di teruskan juga .

Oleh itu , jalan terbaik ialah undi , dengan mengundi keluar , bermakna membuang kekotoran yang ada dan diharap yang bakal menggantikannya akan lebih baik , telus dan cakap serupa bikin .

Jika sama saja , baik kita buang semuanya dan bentuk lagi parti baru yang sesuai dengan aspirasi rakyat jelata .

Yang mendukung negara ini ialah 28 juta rakyatnya dan bukan parti 3 juta itu saja .

Bukit Gantang , jadilah pemula dalam segala-galanya .


pedas - kalau dah berkarat elok buang saja

SELAMAT MEMBACA

Selamat bertemu , prinsip pedas mudah saja , siapa makan cili dia terasa pedasnya .

Kalau tak , tak lah .

Jangan nak marah kalau tak suka dan jangan nak sokong sangat kalau suka .

Baca dan fikir-fikirkana lah .