Sunday, February 22, 2009

BILA PENULIS BERSUARA

SEJARAH membuktikan apabila penulis sudah bersuara , maka perubahan pasti akan berlaku .

Mereka yang maklum saja dapat mengesan perkembangan itu kerana apabila Datuk A Samad Said sendiri mengajak rakyat menggunakan kuasa undi mereka semasa pilihanraya nanti terhadap mereka yang bercakap bahasa Melayu tetapi merosakanya pula , bermakna gerakan kearah itu telah bermula .

Sudah tentu penggunaan kuasa undi ini di lontarkan satelah tidak berpuas hari dengan dasar PPSMI yang mengagungkan BI daripada memberikan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah .

Dulu Syed Hadi Al Hadi , Pak Sako , A Samad Ismail dan ramai lagi adalah gulongan penulis yang mencorakan pemikirana rakyat dan sekarang gerombolan A Samad Said dan rakan-rakannya baik dalam Gapena mahupun Ngo's lain meminta rakyat menggunakan kuasa undi untuk menentukan dasar PPSMI di undur semula .

Rakyat mungkin berdiam diri , menyimpan rasa amarah dalam hati , menantikan masa yang sesuai untuk menyuarakannya serta dan tidak berketerlauan menyokong gerakan itu , tetapi dibenak mereka tersimpan satu perasaan , pengajaran akan diberikan juga nanti .

Rugi jika mesej sebegini hebat tidak didengari oleh mereka kerana atas dasar bahawa menjilat semula ludah yang sudah diluahkan menjatuhkan martabat mereka .

Jika begitu , apa lagi yang boleh dibuat kecuali kuasa undi .

Kuasa yang mungkin boleh mencorakan pemikiran semua termasuk yang berkuasa supaya memahami , kuasa yang dipinjamkan dari rakyat bukan untuk berbuat sesuka hati tetapi haruslah mengikut aspirasi rakyat itu sendiri .

Hai rakyat , buktikan dulu dalam pertandingan di dua bukit ini sebelum pilihanraya yang lain .


Pedas Eh - terlalu pedih mengenangkannya .

No comments:

Post a Comment