Sunday, January 17, 2010

PELAJAR LAGI ....

Kenapa sejak akhir-akhir ini berlaku kemalangan yang membabitkan pelajar sekolah dan kemalangan itu pula membawa maut .

Apa akan jadi jika ada sahaja kemalangan berlaku dan membawa maut sedangkan pelajar tugasnya ialah belajar .

Sibuk sangat nak buat aktibiti luar sahingga membawa maut , kenapa ?

Pemerintah kena tengok perkara ini , hasrat pemerintah mungkin baik tetapi hasrat yang baik sahaja tidak cukup kerana yang penting keselamatan setiap pelajar itu wajar di jadikan KPI .

Tidak cukupkah kejadian di Kampar yang meragut nyawa murid sekolah , sahingga ada ibu bapa yang merasa ragu untuk membenarkan anak mereka menyertai kegiatan luar .

Peranan guru dalam memastikan keselamatan murid dimana , semua mungkin berpunca daripada sekeping kertas yang perlu ditandatangni oleh ibu bapa jika mahu melepaskan anak mereka menyertai kegiatan luar kelas .

Dengan kertas itu , tanggungan terletak kepada ibu bapa sendiri , guru dan pihak sekolah tidak boleh dipersalahkan lagi .

Kerana itu mungkin soal keselamatan pelajar tidak lagi dititik beratkan .

Tengok lah Kementerian Pelajaran ...


Cilipadi - dah lama tengok perkara ini .

Sunday, November 8, 2009

PERANGAI KELANTANESE MELOYAKAN ?

BETUL kata orang , orang kelantan ni , kalau sorong dua , bukan main baik lagi , pijak semut pun tak mati .


Tapi bila ramai , bila dan berkelompok , mula lah tunjuk lagak , bercakap bahasa sendiri , tak mahu bergaul dengan orang , meminggirkan rakan yang bukan senegeri dan tak dapat menerima orang negeri sendiri menjadi permimpin .


Cili padi geram betul bila tenguk gelagat mereka masa perlawanan akhir bola sepak antara NSDK dengan kelantan malam lalu , kalah kalah lah , jangan lah sampai bakar stadium , bunga api , lempar botol air dan bermacam lagi gelagat kurang ajar dari mereka .


Di Seremban , beribu-ribu ada orang Kelantan yang bekerja di sektor kerajaan , swasta atau di kedai tomyam , janganlah koyok sangat bila ramai sampai nak jadi macam indon , nak gayang Malaysia .


Sedar lah diri sikit , dinegeri orang , munafik betul , tunjuk sikap baik sekali hinggakan SUK pun orang kelantan , lansung kerajaan negeri tak kisah , tapi bila lawan bola antara negeri dan kelantan , terus ubah wajah pulak .


Begini ke perangai sebnar orang Kelantan ?


Patut lah Kelantan bermasaalah kerana mereka sebanrnya sering berpura-pura dan sering berkelompo sesama sendiri tetatpi tak mahu pyula menerima kepimpinan dari kalangan mereka .


Apa lah punya busuk sampaikan stadium pun nak bakar bila kalah .


Itu macam kalo , lebih baik jangan masuk bertanding , kan senang , terus menang sepanjang masa .


Kepada orang Kelantan di negeri , balik lah kampung masing-masing , jangan duduk lagi disini , tahu malu lah sikit .





cili padi - meluat betul rasanya .

Tuesday, October 20, 2009

SAMSENG 4 WAJAH

SAPERTI BIASA , ada samseng tu kelihatan amat elok sekali muka .

Tersenyum manja , berbual mesra dan lansung tidak kelihatan kesamsengannya .

Mula di Bagan Pinang , samseng tu baik- baik aje , kemudian hari penemaan calun , terus di katanya kena belasah .

Besoknya duduk hospital , muka pula berkerut-kerut , macam nak mati sangat .

Kemudian di PWTC . bila bersalaman dengan DSN semasa mesyuarat MT , elok sekali lagi muka , TV pun siarkan , macam tak ada apa-apa pada samseng ni .

Angin tidak , ribut pun tidak , besoknya bila perhimpunan pemuda , samseng ini menjadi wakil MT , tiba-tiba lehet berbalut semula .

Nampak sangat samseng ini bermuka-muka , maklumlah muka ada ada setebal seinci kulit @@@@ , apa nak malukan berlakun .

Meloyakan betul tenguk gelagat samseng ini .

Macam lah semua rakyat ini macam keturunan dia , yang memang mudah di perkotak katikkan .

Soalnya sekarang , cili padi dah tak kenal siapa samseng tu ?

Ada sesiapa boleh tolong ingatkan cilipadi , siapa dia ?

Kalau tak silap samseng ini ketua bahagian kat utara .


cilipadi - dah tahu nak bersuluh juga .

Wednesday, October 7, 2009

MUNTAH MENTEKEDARAH

KESAT tajuk cilipadi kali ini .

Muntah mentekedarah maksudnya , makan berlebih-lebihan sampai termuntah-muntah .

Begitu lah di Bagan Pinang sekarang .

Setiap masa , di ulang SETIAP MASA ada saja jamuan hari raya , pagi ada , petang ada dan malam juga ada .

Ada sekali tu , dari pagi sampai ke malam , makan disediakan berlambak-lambak , yang datang makan ramai , yang tidak termakan juga banyak , jadi akhirnya membazir .

Membazir kerja syaitan maka sesiapa yang buat kerja itu maknanya samanya dengan buat kerja syaitanlah .

UBN buat jamuan hari raya , Pas juga buat jamuan tapi apakan jamuan itu untuk penduduk atau pengundi Bagaan Pinang , kita tidak tahu .

Kalau tenguk muka yang makan macam kakitangan kempen yang datang kesitu , tak tahulah kalau pengundi Bagan Pinang bahawa pertuturan mereka dalam longat Kelantan , Kedah atau Terangganu .

JIka jamuan hari raya dijadikan ukuran , UBN pasti menang kerana majlis mereka mendapat sambutan yang baik , jadi tak perlu akan pangkah menangkah lagi dan SPR wajar menjadikan kehadiran sambutan hari raya sebagai keputusan pengundian .

Jika kehadiran itu tidak diambil kira , maknanya UBN bermasaah untuk menang disebabkan yang hadir itu hanya nak makan saja , bukan nak mengundi .

Fikir lah semasak-masaknya fungsi jamuan hari raya itu , membazir atau menguntungkan ?


cilipadi - tumpang makan aje

Tuesday, September 29, 2009

NOBISHA :MENANG SORAK , KALAH SABUNG

BILA TS Muhyidin bertanya , siapa calun pilihan UBN di Bagan Pinang , spontan orang ramai yang hadir menjawab , Isa samad , tiga kali pulak tu , jelaslah memang Isa yang menjadi pilihan penduduk Bagan Pinang , begitu lah analisa ringkas Nobhisa di hari pengumuman calun UBN .


Terdetik dihati cilipadi , bagaimana Nobisha boleh membuat andaian sebegitu mudah sedangkan beliau adalah saorang pemkikir paling kedepan mutakhir ini dan pandangan yang diberikan amat bernas dan sesuai walaupun kecenderungan beliau jelas kepada UBN .


Tetapi kadang kala jika beliau mengulas berhubung PKR , ulasannya sangat baik dan tepat dan tidak menjejaskan kredibiliti beliau sebagai pemikir agung dekad ini .


Malangnya sekali ini , Nobisha macam tertipu dalam membuat andaian itu kerana ianya semata-mata satu wayang kulit atau wayang cina untuk mengabui mata orang ramai dan sebagai satu cara bagaimana untuk menunjukan bahawa Isa adalah pilihan orang Bagan Pinang dan mendapat sokongan padu .


Apa Nobhisa tidak paham bagaimana lakunan politik itu dijayakan dan membuat andaian sembrono sahingga menjejaskan kredibiliti beliau ?


Jika sekira , orang ramai berteriak bahawa calun itu adalah orang lain , apakah TS Muhyiddin akan mengumumkan calun yang mengikut teriakan orang ramai itu , dan dalam kes tersebut , pucuk pimpinan tiada kuasa untuk membuat keputusan , yang berkuasa adalah orang ramai yang hadir dalam majlis itu .


Lebih malang lagi , Isa sendiri mengakui bahawa dia telah dimaklumkan melalui talipon beberapa jam sebelum itu , jadi bagaimana saorang yang begitu bijak berhujah dan membaca politik tanahair membuat kesimpulan yang begitu dangkal ?


90 peratus kehadiran adalah penyokong luar , lebih 100 bas sekolah , bas kilang dan bas persiaran mengangkut orang ramai sahingga tempat letak bas dari batu 4 sahingga batu 10 Telok Kemang dan setiap AJK bahagian di NS diarahkan membawa satu kereta saorang dengan 4 orang penyokong .


Jika begitu ukurannya , marilah kita saksikan kehebatan Isa sebenarnya salepas ini ?


Saya berani meramalakan , telahan Nobhisa itu meleset , undi yang akan diperolihi oleh Isa jauh menjunam walaupun kemungkinan untuk Isa menang adalah cerah , tetapi seandainya Isa juga ruyup , undi yang dimenangi calun Pas juga tidak setinggi mana .

Mohon Nobisha membetulkan persepsinya saperti saorang pemikir , bukan saorang pembodek .


cilipadi - loyo dengan bodekan begitu .

Wednesday, September 9, 2009

BN KALAH 500 UNDI ?

UBN kalah di Bagan Pinang .

Dari 10,900 pengundi , UBN mendapat 5,200 undi

Pas pula mendapat 5,700 undi

Maknanya Pas menang dengan majoriti 500 undi

Tahniah , tahniah .....

Akhirnya UBN tersungkur juga buat kali dengan di kerusinya sendiri .

Betul ke kenyataan ini ?

Ini hanya SATU RAMALAN saje

Wednesday, August 19, 2009

PILIHANRAYA KECIL LAGI ?

JIKA SPR mengambil keputusan mengesahkan kekosongan kerusi DUN di Kedah , bermakna akan ada PRK lagi dan kali ini , kerusi yang diwakili oleh UMNO / BN menjadi taruhannya .

Nampaknya , Umno / BN akan menghadapi masaalah besar kerana kali ini mereka menjadi parti yang mempertahankan kerusi yang disandang dan bukan saperti yang berlaku sebelum ini dimana mereka menjadi pencabar .

Di Kuala Terengganu , BN gagal mengekalkan kerusi itu dan kalah kepada Pas dan tidak mustahil kerusi Dun di Kedah , menerima nasib yang sama .

Dalam Umno / BN terkial-kial untuk merebut kerusi Permatang Pasir dari Pas , mereka pulak menghadapi masaalah di kerusi Dun Kedah dan sebarang alasan untuk mengekalkan kerusi itu haruslah mengambil kira kepentingan umum dan undang-undang negara .

Salepas ini , ada kemungkin kerusi lain milik Umno / BN yang akan menjadi taruhan samaada kerana kematian , perletakan jawatan dan yang terbaharu disebabkan ketidakhadiran ke sidang Dun di negeri masing-masing .

Kadang kala udang-undang yang di gubal tidak memberikan kelebihan kepada sasaorang apabila berlaku angin perubahan walaupun maksud awalannya mungkin untuk menguntungan sasatengah kumpulan .

Hakikat ini mesti diterima dan janganlah kerana ia tidak memihak kepada kita , maka undang-undang menjadi mainan sahaja .

Harap lepas ini , akan ada lebih banyak PRK lagi kerana Umno / Bn pun sudah mengakui bahawa pengaruh mereka semakin meningkat dan persediaan kearah PRU , akan mematangkan mereka .

Jadi apa takut , teruskan sahaja lah mara kehadapan .

Persoalan mudah , tidak menang , kalah dan tidak mungkin ada seri .

cili padi - sendiri mahu ingatlah ....

Sunday, August 2, 2009

PERMATANG PASIR

SEJAK akhir-akhir ini Pas sentiada diduga dengan berbagai isu dan kejadian , terbaharu bila Adun Permatang Pasir di PP meninggal dunia dan kerusi Dun itu menjadi kosong .

Bila kosong , maka akan berlaku pertandingan dan kerana kerusi itu dimenangi Pas dan diwakili oleh orang Melayu , maka hampir pasti Pas akan meletakan calun dan satu lagi parti yang mungkin bertanding ialah Umno .

Maka isu Manik Urai dan Permatang Pasir akan berulang semula , cuma kali ini senerionya mungk,in berbeza sama sekali .

Pertama , Permatang Pasir ialah kawan Bandar kecil yang berdekatan dengan Bandar besar , pemikiran pengundi disana tidak sama dengan di Manik Urai .

Gula-gula pembangunan mungkin tidak jalan disini , biarpun itu modal besar Umno tetapi rakyat lebih mengutamakan isu nasional dari isu tempatan .

Kedua , kerusi itu sudah tiga penggal dalam tangan Pas , jiran-jiranya pula dua dalam PKR dan satu Umno manakala MP ialah DSAI .

Bayangkang lah bagaimana kekuatan pengundi kawasan itu yang sudah berlaku tiga PRK baru-baru ini dan ini adalah PRK yang keempat , sudah terbukti , 3 PRK lalu , kesemuanya dimenangi oleh PR .

Ketiga , pengaruh peribadi DSAI disitu masih gah macam Ku Li di Gua Musang , letak lah siapa pun , pengundi Gua Musang tetap percaya dan yakin dengan kepimpinan Ku Li .

Begitu juga Permatang Pasir , orang Permatang Pasir dan keseluruhan Permatang Pauh lebih yakin dengan DSAI dan mahu kepimpinan beliau menerajui Negara , tidak mungkin mereka berubah hati dengan satu dua isu .

Pokoknya , Umno akan kecundang dikerusi itu , mengurangkan majoriti undi tidak berguna kerana yang kalah tetap kalah , cuma sekadar untuk menenangkan hati yang gelora sahaja .

Antara Pas pula calun paling sesuai mungkin ramai yang tersesuai sekali ialah Mat Sabu dan Mat Sabu adalah tokoh terkenal di PP .



Cili padi – sudah tinjau-tinjau

Tuesday, July 28, 2009

KING KEMBALI KE UMNO NEGERI

SATU masa dulu , sudah ada pemimpin umno yang tersenyum dan berkata bahawa riwayat politik king dah berakhir bila beliau umumkan mengundurkan diri dari jawatan setiausaha atas alasan kesihatan .

Ramai yang berangan nak mengisi kerusi yang dikosongkan king , namum pengerusi perhubungan tetap tidak mengisi kekosongan itu .

Tup tup tanpa diduga , king muncul semula dalam badan perhubungan negeri .

Punyalah hebat king , boleh masuk dan keluar sesuka hati .

Maklumlah , adik beradik bolehlah macam tu , dan ada yang meramalkan kalau king masih berada disitu dan sekiranya umno ruyup pada pru akan datang , king adalah salah satu puncanya .

Jadi , king fikir-fikir lah ....



cili padi - king of kong

Monday, July 20, 2009

BERKUASA CAKAP LAIN , TAK ADA KUASA CAKAP LAIN

KADANG kala cili padi naik heran juga dengan sikap sasatengah pemimpin kita , masa berkuasa bukan main lagi menentang atau menyokong satu-satu isu tetapi apabila tidak berkuasa lagi , lain pula cakapnya .

Bingung juga memikirkan kerana cakap tak serupa bikin , bila ada masa untuk buat keputusan , tidak pula buat tetapi bila dah tak ada kuasa lagi , sibuk pula minta orang lain buat keputusan yang tidak hendak dibuat masa berkuasa lalu .

Ramai yang cili padi lihat berperangai macam tu , siang cakap lain , malam cakap lain .

Budaya ini tidak sepatutunya berlaku kerana semasa berkuasa lah kita diberi peluang untuk membuat perubahan , bukan masa tidak berkuasa lagi .

Lihat lah sehari dua ini , banyak yang berbuat begitu , cuma malas nak cakap isu apa dan siapa dia , tapi sendiri tentu paham bila rajin baca akhbar perdana .

Blog pun ada yang macam itu dan tak kurang pula penyokongnya .

Jadi cili padi harap , kurangkan berbuat perkara yang tidak selaras dengan kehendak kepimpinan negara dan perlu lah buat mengikut kehendak ramai .

cili padi - selalu ikut cakap ramai

Monday, July 13, 2009

BN KALAH ?

Benar ke ?

Begitu lah cili padi dengar , betul tidaknya tunggu jam 8 malam ini .

Tapi rasanya benar kerana nasib BN memang dah tersurat macam tu .

Parti kalah lah katakan .

Kalau tak kalah , apa lagi , mana boleh menang kot ?

Lain lah kalau parti menang , ini akibatnya kerana rakyat dibelakang kan .

Main belakang , tak main lah , rait tidak lagi betul , sebab tu orang pangkah , supaya boleh menang .

Manek Urai , lepas ini mana lagi tempat nak diuji cuba .

Mungkin di Perak kot ....



cili padi -- ha , ha , ha ----- uk , uk , uk

Sunday, July 5, 2009

LIBERALISASI , SEBENARNYA ?

KADANG kala cili padi pun heran juga , sikit-sikit nak liberal , tapi yang peliknya , orang tak minta kita liberal , kita pulak yang lebih-lebih bagi liberal .

Sudah ada liberalisasi sektor perkhidmatan , kemudian sektor kewangan dan yang terbaharu sektor pelaburan .

Lepas ini nak liberal apa lagi , tak tahu lah .

Mungkin liberalkan semua sekali , lansung tak ada peraturan , kan mudah , jadikan negara ini sebagai tempat paling liberal didunia dan mudahlah , pelabur datang .

Yang mustahaknya pelabur ke atau rakyat negara ini , penting sangat ke dollar berbanding ringgit ?

Selama ini ramai benar ke tak makan kerana kita tak liberal macam mereka dan kemudainnya , apa jadi jika kita terlalu liberal .

Jangan ada kawalan apa-apa kerana setiap kawasalan memang tidak mendapat sambutan , jadi rakyat pun tak usahlah dikawal sama , jadikan mereka liberal juga .

Jangan kerana nak menjaga kepenting dua tiga kelompok yang bimbang bengkrap , terpaksa pula hak rakyat digadaikan .

Sebelum terlambat , fikirlah semula .

Rakyat memerhati dan tidak mustahil jika mereka juga tidak mengundi nanti .

Macam BM yang dah jadi BI , sekarang mahkamah dah guna 70 peratus BM tetapi kerajaan pula nak jadikan BM macam BI , elok sangatlah tu .

Pemimpin bercakap macam dia juga rakyat tetapi hati nurani mereka sebenarnya hati nurani peribadi , rakyat tak suka tak tahu , yang tahu apa kepentingan yang mereka dapat .

PPSMI wajar dihapuskan , BM di nobatkan semula , Dewan Bahasa di pertingkatkan kuasanya dan BM dijadikan linggua franca semula .

BI bahasa penjajah dan dah terbukti banyak yang gagal jika berlagak jadi orang putih dari orang putih sendiri .

Lihat lah Micheal Jackson ..


Cili Padi - dah lihat zaman gelap BN bermula

Thursday, June 18, 2009

AIR KOSONG , JANJI KOSONG

BIASANYA bila kita kekedai makanan , kita lebih suka meminta air kosong sebagai menu utama semasa makan tengahari , dengan maksud untuk mengurangkan kos makanan selain menyihatkan badan .

Tetapi tiada yang free sekarang , biarpun sekadar air kosong , tetapi air kosong juga perlu dimasak dan diambil dari air paip yang dibayar , jadi air kosong juga dikenakan kos .

Bagi segelas air kosong , ia berharga antara 20 sen dan 30 sen dan jumlah ini memang tidak dimaklumkan penjual tetapi jika si pembeli mengira sendiri harga makanan , pasti jumlah terlebih 20 atau 30 sen .

Begitu juga janji kosong , biar pun ramai yang menganggap bahawa membuat janji kosong tidak ada kesannya tetapi jika ahli politik yang membuat janji kosong , bayaran akan dituntut apabila tiba masa mengundi baik dalam persatuan , parti itu sendiri mahupun semasa PRK dan PRU .

Sekarang ini , janji kosong sudah menjadi semacam satu mainan tetapi jangan lupa , bila sampai masanya , janji kosong itu akan dikenakan bayaran dan akibatnya akan dirasai apabila ianya dituntut rakyat .

Di Manik Urai sekarang ini , janji kosong berlegar dengan begitu hebat sekali baik dari kalangan pembangkang , pemerintah mahupun penduduk tempatan disitu .

Mengadakan projek pembangunan , membaiki jalan dengan segera , menjadi hamba rakyat , sedia berkhidmat siang dan malam , sanggup turun padang dan menoreh bersama adalah antara janji-janji yang sedang lunak dilagukan dan tidak mustahil ada diantaranya adalah janji kosong saja .

Ada janji yang ditunaikan secara mee segera , ada yang ditunaikan dalam hati dan tak kurang pula janji untuk menjadikan Manik Urai seindah bandaraya sekiranya pengundi disana memilih calun mereka .

Tetapi sebatang jalan yang disiarkan di media massa baru-baru ini menjadi contoh bahawa sejak lebih pulohan tahun , jalan itu terbiar , tidak di perbaiki seelok-eloknya biarpun kedua-dua pihak pernah menang dan menjadi pemimpin dikawasan itu .

Jika begitu , lebih baik buat janji dengan air lior basi kerana sudah tentu tidak ada siapa yang ingin membelinya kerana janji kosong itu pasti akan memakan mereka yang membuatnya .



cilipadi - dari berjanji kan lebih baik buat saja tanpa janji

Sunday, June 14, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Hidung Tak Mancung , Pipi Tersorong-Sorong .

Presiden Pas telah dua kali mengutarakan Kerajaan Perpaduan , satu sebelum muktamar yang kemudiannya ditarik balik tetapi kemudiannya semasa muktamar yang kemudiannya di tolak perwakilan .

Apa yang jelas ialah Kerajaan Perpaduan yang dipahami orang ramai khususnya ahli Umno dan Pas , mungkin bukan dimaksudkan saperti yang digembar gemburkan sekarang sebaliknya ialah Kerajaan Perpaduan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri .

Kenapa Umno begitu beriya-iya mentafsirkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu adalah antara Umno dengan Pas atau lebih tepat lagi antara BN dan Pas , dengan maksud untuk memencilkan Pas dikalangan kelompok Pakatan Rakyat bagi memudahkan peralihan sokongan rakyat kepada parti itu .

Ketua Pemuda Umno KJ sendiri menawarkan pasukan pemudanya untuk memulakan perbincangan Kerajaan Perpaduan dan meminta supaya tidak dikenakan sebarang syarat untuk pertemuan tetapi KJ lupa , meminta tiada syarat juga adalah pra-syarat yang ditetapkan KJ , jadi dimana benarnya hujjah KJ itu ? .

Umno kemudiannya gelisah kerana tiada sambutan dari Pas sendiri malahan kepimpinan sedia ada sering menafikan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan BN , dan Timbalan Presidennya pula meminta rakyat supaya tidak mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan idea dari Umno , kerana kelihatannya Umno dan BN mampu untuk membentuk kerajaan walaupun tanpa Pas .

BN dan Umno melalui media massa perdananya termasuk TV memang mewar-warkan perara ini dengan harapan Pas akan dipencilkan oleh anggota Pakatan Rakyat lainya tetapi hasrat itu tidak mencapai kejayaan .

Biarpun Haji Hadi mengasaskan gagasan ini , tetapi tiada lanjutan kata dari Haji Hadi sendiri tetapi pemahaman penulis , Kerajaan Perpaduan itu ialah kerajaan yang dibentuk di kalangan PR sendiri .

Di Pulau Pinang , biarpun wujud kerajaan negeri PR , tetapi Pas tidak menganggotai kerajaan itu , begitu juga di Kedah sementara di Kelantan pula , hanya ada kerajaan Pas walaupun ada calon PKR yang bertanding disitu .

Ini lah inti pati sebenar Kerajaan Perpaduan yang ingin diutarakan oleh Haji Hadi , bukan kerajaan BN dan Pas saperti yang digembar gemburkan oleh media massa , kerana jika itu lah maksudnya , Pas seakan-akan menggali kubur sendiri .

Pengelaman Pas dalam BN bukan sadikit , pahitnya masih terasa terutamanya oleh pimpinan utama Pas sekarang dan tidak mungkin sejarah itu akan berulang , kecualilah kalau pimpinan Pas hari ini buta sejarah .

Mungkin BN dan Umno mudah melupakan bahawa Pas pernah satu ketika dulu adalah komponen mereka tetapi bagi Pas sendiri , ianya umpama pelanduk dan jerat , pelanduk mungkin melupakan jerat tetapi jerat tidak sekali-kali melupakan pelanduk .

Jangan lah Umno begitu teruja dengan Kerajaan Perpaduan dan berlebih-lebihan pula mewar-warkannya saolah-olah Umno begitu baik dan jujur untuk kepentingan rakyat , kerana rakyat hari ini benar-benar telah memahami dan mengerti yang mana intan dan yang mana kaca .

Jangan hidung tak mancung , pipi pula tersorong-sorong dan isu Kerajaan Perpaduan ini akan dijaja terutamanya di Manik Urai dengan harapan untuk memperolihi kemenangan pertama dalam sejarah politik pasca PRU ke 12 .

Biarpan Dap dimomokan sebagai parti anti Melayu tetapi sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang berjaya menjadi wakil rakyat melalui parti itu baik di peringkat DUN mahu pun parlimen tetapi pernahkah orang bukan Melayu mewakili parti Umno ?

Jadi mana satu yang bersifat perkauman dan atas sebab itu mungkin Kerajaan Perpaduan ini diutarakan oleh Haji Hadi dengan harapan bahawa semua kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat , harus mengandungi semua komponen PR kecuali bagi negeri yang tiada wakil parti itu .

Jika ini berjaya di aplikasikan , sudah pasti perpaduan dalan kerajaan PR akan bertambah erat dan peluang untuk menjadi Kerajaan Masa Depan terbuka cerah .

Ini mungkin pemahaman Haji Hadi dan bukannya memingkirkan rakan-rakan dalam PR dan bergandingan dengan Umno semata-mata untuk menjaga kepentingan parti itu sedangkan sejarah Pas dalam BN menunjukan bahawa Umno bukan rakan Pas yang baik .

Umno ke atau Pas yang sedang menjerat sekarang ?

Siapa pula yang sedang terjerat !!!!!!



Cilipadi – Manik Urai , Umno kalah lagi

Saturday, June 6, 2009

KEMATANGAN PAS TERSERLAH

MUKTAMAR PAS dah pun selesai , kejutan yang dijangkan akan berlaku terutama oleh mereka yang berada diluar parti itu tidak menjadi .

Ini kerana Pas adalah parti tulin dan ahli masih patuh kepada tradisi bahawa kepimpinan parti mesti berlandasan prinsip perjuangan ummah , bukan perjuangan untuk menobatkan seseorang .

Husam Musa sangat berpotensi dan mampu menjadi pemimpin besar tetapi bukan itu kemahuan ahli Pas masa kini .

Menobatkan Husam mahu pun Mat Sabu , saolah-olah mahu menjerumuskan Pas dalam kancah pertarungan politik yang tidak selari dengan perjuangan asli Pas , dimana kepentingan parti mengatasi segala-galanya .

Kalau kita masih ingat satu masa dulu , Pas sangat sinonim dengan Datuk Asri Haji Muda dimana Asri adalah Pas dan Pas adalah Asri .

Ramai beranggapan bahawa Pas akan hancur jika Asri tiada tetapi apabila Asri keluar , Pas tetap macam itu juga malahan berkembang lebih pesat lagi kerana , Asri adalah ahli Pas dan tidak ada ahli yang berhak untuk mengatasi kehebatan Pas itu sendiri .

Inti pati perjuangan itu lah yang mendominasi kepimpinan Pas dan Pas tidak mungkin berubah secara drastic saperti kemahuan sasatengah pihak kerana jika aturan itu diteruskan , Pas akan mengalami nasib saperti S 46 atau pun banyak parti lain , yang hancur apabila kepimpinannya berubah .

Ahli Pas sudah membuat keputusan sejak tiga penggal lahu bahawa Nasarudin adalah bakal pemimpin tertinggi Pas , maka semua ahli tidak kira bagaimana kuat pun pengaruh politik mereka , harus mematuhi tradisi itu .

Husam mungkin agak gopoh dan berasa mendapat sokongan kuat sedangkan sebahagian besar perwakilan adalah terdiri dari muka lama yang memegang kepada tradisi parti yang kukuh sejak ia ditubuhkan lagi .

Begitu juga Mat Sabu , biarpun beliau mempunyai mulut emas yang mampu menarik ramai orang mendengar ceramahnya , tetapi dari kepimpinan parti Mat Sabu harus menunggu sahingga ada kekosongan , barulah beliau dianggap layak untuk mengisi kerusi tersebut .

Jika tidak , tidak kira siapa pun pasti akan kecundang disebabkan mentality ahli Pas memang sudah diasuh dengan tradisi saperti itu .

Sebab itu , sokongan pengundi terhadap Pas tidak pernah berubah malahan makin bertambah kerana biar bagaimana tidak gemarnya mereka kepada calun yang bertanding tetapi apabila pilihan telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi , mereka akan akur dan akan membuang undi kepada calun lain .

Selagi tradisi mendengar kata ini berterusan , selagi itu Pas releven dengan politik Negara ini tidak kira berapa lama pun .

Jika Husam atau Mat Sabu terpilih kali ini , pastinya mentality ahli Pas sudah berubah daripada asalnya , dan kemungkinan itu akan menjerumuskan Pas kepada kancah kehancuran .

Keputusan mengekalkan Nasarudin sebagai Timbalan sangat tepat , kena pada masa dan diharap dalam muktamar akan datang , usaha untuk menggantikan beliau tidak lagi berlaku dan hanya apabila ada kekosongan di kerusi itu , barulah pertandingan sebenar dapat dijalankan .

Ingatlah , Manik Urai akan menjadi medan pertama kepimpinan baru Pas , jika Pas tidak berhati-hati , Pas juga boleh kecundang biarpun Kelantan adalah kubu kuat Pas .

Dalam perang Uhud , tentera Islam boleh kalah walaupun berada dikedudukan yang baik apabila adanya mereka yang tidak patuh kepada semangat perjuangan dan mementingkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan ummah .

Jangan biarkan badi Umno meresap dalam Pas .

Perubahan dalam Pas biarlah secara teratur bukan melangkaui susur galur tertib sahingga kelihatan saperti mengtasi kepentingan ramai .

Husam , Mat sabu dan Nasarudin juga perlu bermuhasabah diri supaya Pas mampu memimpin Negara dalam PRU akan datang .

Cili padi – sedang mengisi borang ahli pas .

Tuesday, June 2, 2009

PENANTI : MEMERANJATKAN DAN TERPERANJAT

KEPTUSAN PRK Penanti menepati ramalan .

PR melalui PKR menang mudah dan majoriti undi yang di perolihi jauh lebih besar dari calun sebelum ini - 5,558 undi.

Dr Mansor mendapat 6,052 undi manakala calun bebas Aminah Abdullah hanya mendapat 392 , Nai Khan 494 dan Ramizu hanya memperolihi 56 undi , kurang 6 undi dari perlimen Bukit Gantang .

Malangnya , peratusan keluar mengundi cuma 46 peratus sahaja sedangkan dianggarkan antara 70 hingga 75 peratus .

Jika diandaikan kesemua yang tidak keluar itu adalah penyokong BN yang akan mengundi BN , maka dijangkakan pengundi yang akan keluar akan bertambah antara 3,000 hingga 4,000 undi .

Mengambil kira jumlah pengundi Dr Mansor dan calun-calun lain , dijangkakan akan ada 10,000 pengundi dalam prk kali ini dan majoriti PKR kekal pada 2,212 malahan mungkin meningkat kerana hamper mustahil undi yang tidak keluarkan itu , secara keseluruhannya memangkah BN .

SPR patut mengkaji kenapa perkara ini berlaku , adalah ada usaha untuk menasihatkan rakyat supaya jangan keluar mengundi atau pengundi sendiri memboikot prk ini atas sebab tertentu .

Sekiranya trend ini berterusan , apakah ada kemungkinan rakyat muak dengan pilihnaraya atau adakah rakyat mula hilang keyakinan dengan SPR sendiri ?

Ini kerana ini kali pertama peratus keluar mengundi yang sangat rendah dan wajar kalau kajian terperinci dibuat bagi mengkaji sebab-sebabnya .

Adakah kerana calun yang bertanding kali ini lebih baik atau isu semasa yang mendominasi terutamanya isu kerajaan Perak yang menjadi sebab peningkatan undi calun PKR itu ?

Atau pun kerana Umno tidak bertanding maka undi yang di perolihi PKR semakin meningkat ?

Analisa segera perlu dibuat tetapi yang tepat hanya akan diketahu kemudian walaupun secara rambangnya isu-isu diatas lah yang mempengaruhi undi tersebut .

Umno dan BN semakin ditolak biarpun slogan demi slogan di war-warkan tetapi ianya tidak lebih dari satu slogan sahaja .

Satu Malaysia , pemimpin rakyat , rakyat didahulukan dan berbagai lagi , tetapi apakah rakyat merasakan roh slogan itu .

Memerangi rasuah adalah satu contoh dimana amalan itu amat berluas-luasaan dalam parti tertentu sedang dalam parti yang lain walaupun tidak dapat dibuktikan , tetapi dijadikan kambing hitam .

Begitukah yang rakyat kehendaki , sendiri berbuat salah tetapi kemudiannya menyalahkan orang lain untuk menutupi kesalahan yang dilakukan ?

Rakyat ada mata untuk melihat , ada telinga untuk mendengar , ada naluri dan ada perasaan untuk bukan sahaja memikirkan mana yang betul dan mana yang salah malahan untuk memberikan undi kepada parti yang mereka rasakan lebih betul dari parti yang mengakui sentiasa betul tetapi sebaliknya .

Perubahan mesti dilakukan tetapi kelihatnya macam perubahan kosmetik sahaja , bila bedak , gincu dan lipstik pudar , terserlah lah kembali belang dimuka kita .

Jadi , NPU Shafie Apdal jangan pula berpura-pura kuat dengan mengatakan Umno akan merampas kembali negeri yang dimenangi masa PRU ke 13 nanti yang hampir pasti , itu lah hari terakhirnya Umno sebagai parti dominan di Negara ini .

Hendaknya jangan lah ramalan ini menjadi kenyataan !



ciliadi – sekadar meramalkan saja .

Thursday, May 28, 2009

UMNO KENA 2 - 0 ?

DI Penanti , umno kalah sebelum bertanding , sejarah kegagahan umno lebur , umno jadi pengecut dan menarik diri dari bertanding disitu .

Kalau tak tu berebut-berebut parti dalam bn nak meletakan calun tapi di Penanti , sorang pun tak mahu tunjuk muka .

Jangan malu sangat , ada lah sorang dua cuba nak tunjuk muka disitu sedangkan big boss nya dah umumkan , tak nak masuk gelanggang .

Sekarang di Manik Urai , Kelantan , umno beriya-iya nak bertanding dan ada peluang besar nak menang .

Macam bagus aje slogan tu tapi yang cakap pemimpin umno , yang kata boleh menang pemimpin umno dan yang akan menerima kemenangan itu nanti ialah pemimpin umno .

Jadi boleh pakai ke ayat tu ?

Bagi cilipadi , jangan haraplah , makin parah lagi adalah lah beb .

Macam pru dulu , siap dah umum bakal MB tetapi bakal MB lagi teruk kena belasah ke pengundi , nasib baik DSN bawa lagi masuk kabinet , kalau tak ruyup terus macam bekas calun Kuala Terengganu .

Bagi cilipadi , berapa banyak pun prk diadakan , keputusannya tetap bn 0 , jadi dalam kes ini bn kena 2 - 0 kecuali kalau di Sabah dan Serawak .

Pesan cilipadi , pandanglah kebelakang , jangan asyik kedepan saja kerana roda hari ini menunjukan bahawa umno dan bn tengah berada dibawah , sedang menujuk kearah ruyup .

Itu macam kalo , baik bubarkan saja parti 3 juta ini dan pemimpin rakyatnya masuk pakatan rakyat .


Cilipadi - beginilah nasib ......

Thursday, April 16, 2009

PENANTI ; SATU UJIAN ATAU PUJIAN ?

Wakil Rakyat Penanti , Fairuz akhirnya mengambil keputusan mengosongkan kerusi dun yang dimenenangi setahun lalu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai semula calun yang akan bertanding .

Sekali lagi , riuhlah sekitar Penanti dan Permatang Pauh dengan gerombolan politik bertandang kesana bagi mempengaruhi pengundi mengundi calun mereka .

Samada disengajakan atau memang kebetulan , rakyat terasa saolah-olah dipermainkan .

Lepas satu PRK , satu PRK lagi , memang sedap bila ada PRK tetapi sesedapmana pun PRK itu tetapi kalau sudah berulang kali , macam makan kari ayam , akhirnya muak juga .

Belum pun reda PRK di dua bukit dan satu batang , kini akan ada lagi PRK di Penanti .

Nampaknya macam ada kecenderungan untuk menggunakan rakyat bagi memuaskan hasrat dan kemahuan peribadi pihak tertentu .

Kesannya nanti , rakyat tidak lagi mempercayai pilihanraya kerana jika berlaku sadikit masaalah pada wakil rakyat , terus letak jawatan dan adakan PRK semula .

Jika lepas ini , calun yang menang di Penanti ada masalah lagi dan nak sambung belajar semula , perlukah pilihanraya semula ?

Berapa lama rakyat harus dibebankan dengan kerja-kerja sebegini kerana dalam tempuh 10 atau 12 hari kempen PRK itu , pengundi dan penduduk disitu rasa tidak senang , diburu sepanjang masa oleh perayu-perayu undi bagi mendapatkan sokongan mereka .

Dan salepas itu , terus lenyap , habuk pun tarak .

Ini lah yang berlaku sekarang .

Hentikanlah budaya ini , biar siapapun baik PR atau BN , perlulah tidak menjadikan PRK sebagai satu cara merealisasikan hasrat mereka .

Memulangkan kembali kepada rakyat adalah baik tetapi kalau kerap sangat , bukan baik yang muncul tetapi sebaliknya .

Pada peringkat ini , rasanya masih 50-50 lagi biarpun itu kubu kuat PKR tetapi kemuakan rakyat mungkin boleh mengubahnya .

Jika tidak maknanya , rakyat memang suka PRK dan teruskan lah meletakan jawatan jika menghadapi sadikit masalah .




pedas Eh - jadikan Penanti penamat PRK tahun ini .

Sunday, April 12, 2009

KEMANA PENGERUSI UMNO NEGERI ?

MANA PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI ?

PRK Bukit Gantang sudah selesai .

Calun Umno dan BN tewas manakala calun Pas dan PR menang besar .

Sasatengah menyifatkan bahawa ia satu referendum rakyat berhubung peralihan kuasa di Perak tetapi disatu pihak lagi menafikannya .

Muhyiddin Yassin , timbalan presiden Umno menjadi tunggak utama di semua PRK itu dan dibahu beliau terbebannya kesan kekalahan itu .

Tetapi yang peliknya , presiden Umno dan ketua perhubungan Umno negeri lansung tak muncul masa PRK tersebut .

Kita tidak terbaca di media perdana atau media alternatif , bahawa DSN sebagai ketua perhubungan negeri turut sama berkempen masa PRK itu .

Kalau kalah pun wajar kerana ketua tak turun , setakat pembantu ketua dan prebet saja tidak cukup untuk menghadapi jentera PR yang lebih teratur , tersusun dan bersemangat tinggi .

TDM biarpun diberitakan mampu menarik ramai orang mendengar ucapannya , tetapi yang ramai itu kalau tidak mengundi buat apa .

Jadilah macam menonton sarkas sahaja .

Bila dah kalah terima sahaja dan buat penilaian sebab-sebabnya , bukannya menyalahkan orang lain .

Jika tidak , mungkin kalah lagi lain kali .



Pedas eh – kalah , kalah dan kalah , bila nak menang .

Tuesday, April 7, 2009

PR TAWAN NEGERI SEMBILAN ?

PEMBANGKANG mesti ambil iktibar dari keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau , tidak cukup kalau BN saja yang buat post mortem kerana PR pun patut buat sama .

BN untuk kaji kekalahan dan kesilapan mereka tetapi PR perlu buat kajian untuk mencari jalan bagaimana nak kekalkan kemenangan dan tambahan lagi kemenangan dikerusi yang lain .

Tidak mustahil PRU ke 13 , PR akan memerintah negara ini kerana ada 6 juta pengundi muda yang akan menyumbangkan undi kepada mereka .

Tapi jika PR pun macam BN juga , sukar nak berubah dan lebih mengutamakan citarasa mereka sendiri bukannya rakyat , PR pun boleh ruyup sama .

Pengundi tersebut bukan penyokong tegar PR , mereka tak suka kepada BNdan mengalihkan undi kepada PR , jadi berwaspadalah .

Jangan berulang kejadian saperti yang berlaku pada BN berlaku pula pada PR pula

D Negeri sembilan , terdapat 36 kerusi Dun , 15 dikuasai PR manakala bakinya 21 dikuasai BN .

Untuk memerintah , mesti menang 19 kerusi , perlukan lagi 4 kerusi .

Jika betul perancangannya , PR boleh menang terutamanya bagi kerusi Pilah , Johol dan Seri Menanti di Kuala Pilah , Jeram Padang dan Palong di Jempol , Pertang dan Sungai Lui dan Sungai Lui di Jelebu .

Jalankan kempen 3 tahun dari sekarang , insyaallah kemenagan boleh di harapkan .

Jadikan agenda rakyat sebagai agenda parti dan tentutukan rakyat membuat keputusan siapa calun seblum memilih mereka kerana inilah yang menjaminkan kemenenangan mereka dalam PRU .



Pedas Eh - sedia beri kerjasama

Monday, April 6, 2009

UNDI UNDI UNDI

KATA orang , dari satu batang dan dua bukit , BN menang satu dan PR menang dua .

Batang Air , BN menang manakala di Bukit Gantang dan Bukit Selambau , PR menang .

Pengundi yang tentukan dan Tuhan yang laksanakan .

Boleh ramal saja tak boleh buat kepastian , itu itu kerja Tuhan tapi kalau betul , apa salahnya .

Kan baik begitu , lagi baik kalau 3 - 0 , baru ngam , biar betul bahawa Umno telah ada perubahan .

Perubahan untuk ruyup .

Mantan PM yang belum pun jadi ahli Umno tu , buat apa sibuk-sibuk tolong kempen BN .

Pakai ke lagi cakap tu dek pengundi sana , kalau kalah malu nanti .

Jangan ingat , pembangkang ada diluar saja , dalam Umno pun ramai .

Tak setuju dengan calun , bangkang .

Tak setuju dengan pendekatan menangani isu , bangkang .

Tak setuju kepada peribadi dan kesahan tingkah laku pemimpin , juga bangkang .

Cakap tak serupa bikin tokoh utama pun bangkang .

Benci dan meluat dengan parti komponen lain , bangkang juga .

Kalau dah semunya bangkang , buat apa berada dalam Umno , masuklah pembangkang .

Atau sekurang-kurangnya , undilah pembangkang .


Pedas eh -pembangkang MENANG , MENANG DAN MENANG .

Monday, March 30, 2009

PARTI MENGUASAI KERAJAAN

UMNO memang cukup bijak , slogan demi slogan dijaja kepada rakyat bukan sahaja bagi menyokong kepimpinan mereka tetapi bagi bagi membantu mengukuhkan dan memperkuatkan bukan sahaja kedudukan parti itu tetapi juga diri mereka secara peribadi .

Slogan parti menguasai kerajaan adalah salah satu daripadanya dimana keadaan hari ini dimana BN memang mengusai kerajaan yang ada pada masa ini baik di negeri , pusat mahupun kerajaan tempatan .

Tidak cukup dengan itu , mereka bukan sahaja mahukan projek kerajaan dibawah pengaruh mereka disamping jawatan-jawatan saperti wakil rakyat , ahli majlis atau pengarah-pengarah disyarikat GLC , sekarang apa sahaja yang berlaku mesti melalui jari jemari mereka .

Begitu lah hebatnya Umno , tidak cukup lagikah bila saorang itu menjadi wakil rakyat , dia juga lah yang menjadi ahli majlis daerah dan dia jugalah yang menjadi pengarah syarikat GLC , apakah ini sebenarnya intipati slogan parti menguasai kerajaan .

Jika umno begitu kuat dengan 3.5 juta ahlinya , adalah lebih baik kalau ketua bahagian menjadi pegawai daerah dan YDP majlis tempatan , timbalannya sebagai ketua penolong pegawai daerah , naib ketua sebagai pen. pegawai daerah sementara AJK bahagian sebagai penghulu dan juga ketua-ketua jabatan di peringkat daerah saperti jurutera JPS daerah , pegawai kebajikan daerah atau mungkin JD JKR .

Sementara ketua cawangan menjadi ketua kampong dan AJK cawangan Umno menjadi JKKK , bukan kah itu lebih mudah bagi parti khususnya Umno menguasai kerajaan sepenuhnya .

Manakala kroni , anak mahupun isteri-isteri menjadi pegawai kerajaan disemua peringkat dan mereka harus diberikan peluang menguasai bukan sahaja projek pembangunan tetapi juga PPRT , bantuan kemiskinan dan kebajikan termasuk program rumah kos rendah .

Mudah sahaja slogan parti menguasai kerajaan diimplimentasikan dan percayalah , dalam perhimpunan Umno akan datang , slogan ini tidak akan timbul lagi dan kalau timbul pun ianya semata-mata satu pujian bahawa slogan itu telah membawa banyak kesenangan , kemewahan dan kepada pemimpin Umno tertentu .

Maka mudah lah untuk mereka bermewah-mewah , memberikan sumbangan pada masjid dan surau , membantu rakyat yang inginkan sadikit wang apabila kehabisan beras atau menunjuk-menunjuk sikap pemurah dan baik hati mereka .

Selanjutnya , slogan itu bergerak keperingkat negeri dan pusat , dimana parti Umno atau kalau lebih baik lagi parti BN menguasai segala-galanya .

Lagi pun yang memerdekakan Negara ini adalah BN melalui perikatan manakala rakyat parti lain tidak menyumbang apa-apa ?

Begitu lah kehendak slogan tersebut , biarpun hakikatnya sekarang memang parti menguasai kerajaan tetapi ianya masih tidak cukup disebabkan tombolok mereka sangat besar dan perlu diisi dengan banyak .

Tidak cukup masaalah yang dihadapi oleh pegawai daerah , penolong pegawai daerah mahu pun penghulu atau ketua jabatan daerah bila melaksanakan satu-satu projek kerana ada sahaja tangan ghaib yang cuba untuk memastikan projek itu jatuh ketangan kroni tertentu .

Soal kualiti kerja tidak lagi menjadi ukuran asalkan kroni mereka yang mendapatnya tetapi jika bukan , bermakna akan adalah komplen yang bukan sadikit terhadap pegawai yang melaksanakannya .

Jika begitu , baik diserahkan sahaja jawatan jurutera daerah kepada pimpinan Umno bahagian termasuk wakil rakyat dan dengan kekuatan dan kepakaran mereka yang sememangnya hebat , biarlah mereka melaksanakannya untuk kepentingan rakyat .

Maka terlaksanalah slogan parti menguasai kerajaan dan kalau boleh biarlah parti seramai 3.5 juta itu juga menguasai rakyat 27 juta dinegara ini .




Pedas eh – bagaimana pula kalau slogan baru dicipta - kerajaan menguasai parti

Sunday, March 29, 2009

KENAPA KJ PATUT DISERANG ?

PATUTNYA KJ kalah dalam pertandingan ketua pemuda , Mukriz atau Khir Toya yang patut menang terutamanya Mukriz kerana dia mendapat pencalonan terbanyak disamping dia juga adalan anak mantan PM .

Itu yang PATUTNYA , lagi pun KJ didapati bersalah dan dikenakan amaran melalui politik wang tetapi dibenarkan bertanding dan kebenaran itu sekadar untuk menyedapkan hati Umno sahaja .

Malangnya , KJ yang disangka tersungkur menang pula , biarpun kemenangan majoritinya tidak terlalu besar , tetapi hakikatnya KJ menang dan yang mengundi dan menyokongnya adalah ahli pemuda sendiri .

Jika begitu , yang bersalah ialah perwakilan pemuda sendiri , bukan KJ , KJ hanya saorang calun yang bertanding dan menawarkan diri , jika ada pun undi KJ cuma satu sahaja , yang lainya adalah undi perwakilan pemuda sendiri .

Jadi kenapa KJ pula yang diserang , tidak betul jika KJ dijadikan sasaran kerana Mukriz tidak menang tetapi yang mengundi nya pula lansung tidak disentuh .

Mereka yang memangkah KJ lansung tidak bersalah , KJ pula yang dipersalahkan kerana menang dan jika kalah , mungkin cebikan pertama ialah padan muka KJ .

Penganalisa politik dan pemimpin Umno sendiri tidak pandai menilai sebenarnya termasuk Tun M sendiri kerana mengaitkan KJ dengan kemenangan dan menyalahkan KJ atas kemenangan itu .

Benci sangat Tun M kepada KJ sahingga kemenangan KJ dihina sebegitu rupa dan dijadikan alasan kenapa tidak hendak datang ke majlis perasmian perhimpunan agung Umno itu .

Tapi bila Muhyiddin menang dan sedang beriya-iya berucap , datang pulak beri sokongan sedangkan sehari dua sebelumnya , lansung mencemuh Umno sebagai parti yang memenangkan calun yang korup .

Tak usahlah kita palitkan sangat Tun M dengan isu ini tetapi siapa tidak kenal Tun M dan pemerintahannya , tidak sedarkah undi bonus , kauta pencalunan dan banyak lagi diwujudkan semasa Tun M menjadi presidennya .

Tidak kah Tun M terasa hati bila DSN dengan lantangnya ingin membuat perhimpunan khas meminda perlembagaan dan satu isu besar yang akan dipinda ialah kauta pencalunan ? .

Adakah kerana Tun M benci pada Pak lah sahingga KJ menjadi galang ganti kebencian beliau atau pun kerana KJ kelihatan lebih berpotensi untuk menggantikan kepimpinan tertinggi Umno satu masa nanti , maka KJ perlu disekat dari sekarang .

Biar pun KJ kelihatan agak kasar , bercakap lepas dan berwajah garang , namun KJ adalah ketua pemuda Umno yang dinobatkan secara sah .

Kalau salah KJ menang , yang membuat kesalahan itu ialah perwakilan pemuda sendiri dan ini bermakna perwakilan pemuda tersilap membuat penilaian .

Jika ini benar , benarlah telahan bahawa Umno memang tidak mesra dengan orang muda atau dalam erti kata lain dengan pemudanya sendiri .

Bila keputusan mereka tidak selari dengan kehendak kepimpinan orang lama Umno , maka orang muda disalahkan .

Tidak hairanlah orang muda makin menjauh dengan Umno jika keputusan yang mereka buat pun disanggah dan disifatkan sebagai tersalah pangkah , apakah ada kepercayaan kepada kelompok ini .

Ayuh KJ , buktikan bahawa pemuda dibawah KJ lebih baik dari dibawah Hishiamudin sendiri , apa lagi dibawah Zahid , Rahim Tamby Chik mahupun dibawah DSN .

Jangan sia-siakan peluang ini , buktikan …..



Pedas eh – sejak dulu memang sokong KJ

Saturday, March 28, 2009

APA SUDAH JADI ?

Terdapat 6 menteri , 4 menteri besar dan 3 timbalan menteri kecundang baik mengekalkan jawatan atau menjawat jawatan dalam saf kepimpinan umno yang diterajui DSN .

Shahril dah buat kenyataan media bahawa beliau akan meletakan jawatan bagi memudahkan DSN membuat keputusan calun anggota kabinetnya berdasarkan hakikat bahawa perwakilan umno tidak mengkehendaki beliau .

Satu sikap terpuji , tahu diri dan jujur dalam perjuangan walaupun Shahril sebenarnya saorang jaguh yang pernah mencabar umno dengan lambing kuncinya sahingga umno begitu parah sekali dan meminda perlembagaan Negara dimana mana-mana calun yang meletakan jawatan tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun .

Tetapi hebat jugakah Mat Taib , Azalina , Rais Yatim , Syed Hamid atau Ahmad Said , Mohamad Hassan , Mat Isa Sabu mahupun Noraini Ahmad dan Hassan Malek .

Kalau tokoh ini bermaruah dan ada harga diri serta paham mesej diberikan perwakilan umno , pasti tidak sukar untuk DSN membuat pilihan dan keputusan .

Tak payahlah ada desakan saperti terjadi kepada KM Melaka dimana telah ada suara-suara yang meminta beliau melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada tokoh lain mengemudikan negeri itu satelah didapati bersalah dan tidak dibenarkan bertanding .

Jangan nanti , bila ada tindakan drastik dari pihak tertentu baru nak mengalah , mungkin nasi dah jadi bubur dan karier poilitik mereka tidak boleh diselamatkan lagi .

Justeru itu , perlu ada intergriti dikalangan mereka macam dilakukan Shahril atau kalau ingin beralih angina , bolehlah berubah ke PR kerana sebagai calun yang ditolak perwakilan umno , rasanya tidak sukar untuk PR menerima mereka .

Jangan nanti ada yang mendakwa bahawa PR lah yang menyebabkan ini semua kerana tujuan PR memang untuk menenggelamkan umno , jadi buat apa tuduh menuduh lagi ? .

Fikir lah , sebelum amanat perwakilan dari PP yang antara lain mengatakan jika tidak mahu turun atau mengikut cakap perwakilan , perwakilan pula yang akan mengeluarkan mereka .

Sekarang perwakilan sudah bercakap , jadi bila lagi nak mengikutnya ?


Pedas eh – jangan buta mata dan tuli telinga sudah lah .

Sunday, March 22, 2009

RELEVENKAH UMNO LAGI

PERSOALAN penting yang perlu dihayati perwakilan ialah apakah Umno releven dengan kedudukan politik Negara masa kini .

Bagaimana jika BN yang ditunjangi Umno gagal dalam ketiga-tiga kerusi atau setidak-tidaknya 2 dari tiga atau 1 dari 3 , maka apakah Umno akan berubah sepenuhnya .

Apakah Umno akan menjadi pendengar setia kepada saranan dan pandangan yang diberikan dan mencuba memperbaiki diri atau Umno untuk terus kekal dengan status quo sedia ada yang memngamalkan kepimpinan top down .

Bilakah Umno dapat membuka pintunya supaya semua ahlinya dapat mengundi dan memilih presiden dan barisan yang akan mempinpin parti dan Negara ?

Ada lagikah Umno di maya ini jika petanda-petanda yang muncul saolah-olah menggambarkan masa depan yang gelap dan kemungkinan menjadi sejarah ?

Dominan kah lagi Umno dikalangan 14 anggota BN dan cakapnya bukan sahaja ditakuti , digeruni malahan dihormati .

Jika ada , apakah Umno boleh memperbaiki dirinya , saperti kehendak rakyat sedangkan yang berkehendakan itu bukan ahli Umno dan hanya sekadar rakyat biasa .

Dapatkah Najib mengimbangi Umno yang seakan-akan nak karam secara berhemah supaya rakyat melihatnya sebagai parti yang perlu disokong dan didokong semula .

Jika ya , baguslah tetapi jika tidak , bagaimana pula ?

Jangan tepuk dada tanya selera kerana Umno bukan makanan sebalknya tepuk dada dan ubati mana yang sakit , baru betul .


Pedas eh – boleh gila bila terlalu banyak memikirkannya

Wednesday, March 4, 2009

RUNTUH SANA , RUNTUH SINI

SEKARANG musin hujan , kata orang tua musim ini musim rezeki tapi kat KP , musim ni banyak tanah runtuh .

Jalan Bukit Putus runtuh , jalan Mantin runtuh sampaikan jalan KP - Miku pun runtuh termasuk jalan Seri Menanti ke Kg Kuala Parit.

Mungkin kebetulan kejadian ini kerana musim hujan tapi mungkin juga ia bawa petanda .

Seremban dah runtuh sebahagian wakilnya , KP belum lagi tapi gaya nak runtuh dah ada .

Sekarang tanah , apakah nanti politik ?

Entah lah , parti politik yang tahu , PR buat kerja untuk cari sokongan dan BN pulak tahan sokongan yang ada .

Samaada boleh bertahan ke tidak , kurang pasti tetapi di jalan Bukit Putus dalam bahagian Seremban , tak tertahan lagi sampaikan gabion pun hanyut sekali .

Kek KP , mungkin Senaling dan Johol macam nak runtuh dan yang terbaharu , Seri Menanti juga dah mula hilang kekuatan .

Jaga-jaga jangan sampai hujan yang turun meruntuhkan segala-galanya .


Pedas Eh - tanda dah nampak cuma tak mahu jadi tok nujum

Sunday, March 1, 2009

UMNO MAKIN MALAP

MACAM hilang taring perhimpunan Umno tahun ini .

Jawatan yang di pertandingkan hebat-hebat belaka tetapi rakyat tak ghairah nak ambil tahu .

Berita dari Perak lagi glamour dari pemilihan Umno , adakah kerana Umno dah nak merudum atau memang pemilihan kali ini tidak hebat .

Kalau hebat kenapa rakyat tak nak ambil tahu , rakyat buat tak kisah saje , adakah rakyat muak dengan permainan Umno atau pun Umno memang sudah tidak mendapat sambutan dihati rakyat lagi .

Macam mana hebatpun Umno mempepulorkan dirinya , rakyat tetap tak ambil pusing , siapa yang jadi TPU,NPU atau MT , semuanya buat tak tahu saja .

Mungkin yang bertanding pun terasa bahang kemalapan ini .

Lihatlah , kissh kerajaan Perak muncul setiap kali sedangkan kisah Umno , makin malap .

Umno nak berubah , berubah lah tetapi perubahan itu mesti mengikut acuan rakyat , bukan acuan pemimpin nya yang mengutamakan kepentingan peribadi .

Kalau dah kepentingan peribadi diutamakan , mana dia kepentingan rakyat ? .


Pedas Eh - kepentingan rakyat ialah undi kita , ayuh gunakan sebaiknya .

Sunday, February 22, 2009

BILA PENULIS BERSUARA

SEJARAH membuktikan apabila penulis sudah bersuara , maka perubahan pasti akan berlaku .

Mereka yang maklum saja dapat mengesan perkembangan itu kerana apabila Datuk A Samad Said sendiri mengajak rakyat menggunakan kuasa undi mereka semasa pilihanraya nanti terhadap mereka yang bercakap bahasa Melayu tetapi merosakanya pula , bermakna gerakan kearah itu telah bermula .

Sudah tentu penggunaan kuasa undi ini di lontarkan satelah tidak berpuas hari dengan dasar PPSMI yang mengagungkan BI daripada memberikan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah .

Dulu Syed Hadi Al Hadi , Pak Sako , A Samad Ismail dan ramai lagi adalah gulongan penulis yang mencorakan pemikirana rakyat dan sekarang gerombolan A Samad Said dan rakan-rakannya baik dalam Gapena mahupun Ngo's lain meminta rakyat menggunakan kuasa undi untuk menentukan dasar PPSMI di undur semula .

Rakyat mungkin berdiam diri , menyimpan rasa amarah dalam hati , menantikan masa yang sesuai untuk menyuarakannya serta dan tidak berketerlauan menyokong gerakan itu , tetapi dibenak mereka tersimpan satu perasaan , pengajaran akan diberikan juga nanti .

Rugi jika mesej sebegini hebat tidak didengari oleh mereka kerana atas dasar bahawa menjilat semula ludah yang sudah diluahkan menjatuhkan martabat mereka .

Jika begitu , apa lagi yang boleh dibuat kecuali kuasa undi .

Kuasa yang mungkin boleh mencorakan pemikiran semua termasuk yang berkuasa supaya memahami , kuasa yang dipinjamkan dari rakyat bukan untuk berbuat sesuka hati tetapi haruslah mengikut aspirasi rakyat itu sendiri .

Hai rakyat , buktikan dulu dalam pertandingan di dua bukit ini sebelum pilihanraya yang lain .


Pedas Eh - terlalu pedih mengenangkannya .

Wednesday, February 18, 2009

PANAS... PANAS

CERITA politik di Perak makin bertambah panas , ada saja isu baru setiap hari.

Tak pernah henti biarpun kerajaan baru dah dibentuk , kerajaan lama katanya masih ada lagi .

Lepas satu , satu lagi isu yang timbul dan semuanya memeningkan kepala rakyat .

Entah mana satu yang betul , BN kata macam ini , PR pulak kata macam itu .

Ahli akademik beri pendapat berbeza-beza , ada yang sokong BN dan tidak kurang juga yang beri pendapat sebaliknya .

Kemudian pengamal undang-undang pun berbeza pendapat , jadi mana satu yang hendak kita dengar dan ikut .

BN mungkin berjaya mengusai kerajaan negeri , tetapi PR menguasai Dewan Undangan Negeri .

Jika persidangan dewan dibuat , kemudian ada usul undi tak percaya kepada MB baru , apa akan jadi ?

Dengan penggantungan 7 Adun BN termasuk MB baru serta taraf tiga lagi adun , satu Dap dan dua Pkr yang belum menentu , apa yang bakal berlaku .

Apakah akan berlaku untung sedikit , rugi besar ?

Entah lah , mungkin mengambalikan kepada rakyat untuk buat keputusan adalah jalan terbaik .

Tapi siapa nak dengar padangan kita ….


Pedas Eh – sesekali dengarlah pandangan rakyat bawahan

Sunday, February 15, 2009

ANAK TEMPATAN KE TIDAK ?

SAMA ada BN atau Umno atau PR dan Pas hendak meletakan anak tempatan atau tidak , tidak memberi banyak makna kerana calun bukan lagi kriteria utama di Bukit Gantang .

Isu utama ialah rakyat mungkin jelak dengan parti tertentu yang dilihat tidak mahu berubah , gelojoh dan bongkak .

Bagi mereka , parti itu umpama US , ditegur tak jalan , dinasihatkan tak diterima dan silap tegur boleh makan diri semula .

Paling menyakitkan hati , cakap tak serupa bikin , orang lain buat semuanya salah , semuanya tidak mengikut undang-undang tetapi jika sendiri buat , betul pulak .

Bercakap bijak , tidak mahu rasuah dan menolak sekeras-kerasnya rasuah tetapi yang paling banyak kena dakwa rasuah parti itu juga , jadi apa sebenarnya yang dicakap dan dibuatkan ? .

Oleh itu , tidak ada cara terbaik untuk membetulkan penyakit dalam parti itu kerana ianya telah mendarah daging sahingga menjadi sebahagian batang tubuhnya dan jika dibuang sebahagian , akan lenyap parti itu , sebab ia telah jadi budaya dan perlu di teruskan juga .

Oleh itu , jalan terbaik ialah undi , dengan mengundi keluar , bermakna membuang kekotoran yang ada dan diharap yang bakal menggantikannya akan lebih baik , telus dan cakap serupa bikin .

Jika sama saja , baik kita buang semuanya dan bentuk lagi parti baru yang sesuai dengan aspirasi rakyat jelata .

Yang mendukung negara ini ialah 28 juta rakyatnya dan bukan parti 3 juta itu saja .

Bukit Gantang , jadilah pemula dalam segala-galanya .


pedas - kalau dah berkarat elok buang saja