Thursday, June 18, 2009

AIR KOSONG , JANJI KOSONG

BIASANYA bila kita kekedai makanan , kita lebih suka meminta air kosong sebagai menu utama semasa makan tengahari , dengan maksud untuk mengurangkan kos makanan selain menyihatkan badan .

Tetapi tiada yang free sekarang , biarpun sekadar air kosong , tetapi air kosong juga perlu dimasak dan diambil dari air paip yang dibayar , jadi air kosong juga dikenakan kos .

Bagi segelas air kosong , ia berharga antara 20 sen dan 30 sen dan jumlah ini memang tidak dimaklumkan penjual tetapi jika si pembeli mengira sendiri harga makanan , pasti jumlah terlebih 20 atau 30 sen .

Begitu juga janji kosong , biar pun ramai yang menganggap bahawa membuat janji kosong tidak ada kesannya tetapi jika ahli politik yang membuat janji kosong , bayaran akan dituntut apabila tiba masa mengundi baik dalam persatuan , parti itu sendiri mahupun semasa PRK dan PRU .

Sekarang ini , janji kosong sudah menjadi semacam satu mainan tetapi jangan lupa , bila sampai masanya , janji kosong itu akan dikenakan bayaran dan akibatnya akan dirasai apabila ianya dituntut rakyat .

Di Manik Urai sekarang ini , janji kosong berlegar dengan begitu hebat sekali baik dari kalangan pembangkang , pemerintah mahupun penduduk tempatan disitu .

Mengadakan projek pembangunan , membaiki jalan dengan segera , menjadi hamba rakyat , sedia berkhidmat siang dan malam , sanggup turun padang dan menoreh bersama adalah antara janji-janji yang sedang lunak dilagukan dan tidak mustahil ada diantaranya adalah janji kosong saja .

Ada janji yang ditunaikan secara mee segera , ada yang ditunaikan dalam hati dan tak kurang pula janji untuk menjadikan Manik Urai seindah bandaraya sekiranya pengundi disana memilih calun mereka .

Tetapi sebatang jalan yang disiarkan di media massa baru-baru ini menjadi contoh bahawa sejak lebih pulohan tahun , jalan itu terbiar , tidak di perbaiki seelok-eloknya biarpun kedua-dua pihak pernah menang dan menjadi pemimpin dikawasan itu .

Jika begitu , lebih baik buat janji dengan air lior basi kerana sudah tentu tidak ada siapa yang ingin membelinya kerana janji kosong itu pasti akan memakan mereka yang membuatnya .



cilipadi - dari berjanji kan lebih baik buat saja tanpa janji

Sunday, June 14, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Hidung Tak Mancung , Pipi Tersorong-Sorong .

Presiden Pas telah dua kali mengutarakan Kerajaan Perpaduan , satu sebelum muktamar yang kemudiannya ditarik balik tetapi kemudiannya semasa muktamar yang kemudiannya di tolak perwakilan .

Apa yang jelas ialah Kerajaan Perpaduan yang dipahami orang ramai khususnya ahli Umno dan Pas , mungkin bukan dimaksudkan saperti yang digembar gemburkan sekarang sebaliknya ialah Kerajaan Perpaduan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri .

Kenapa Umno begitu beriya-iya mentafsirkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu adalah antara Umno dengan Pas atau lebih tepat lagi antara BN dan Pas , dengan maksud untuk memencilkan Pas dikalangan kelompok Pakatan Rakyat bagi memudahkan peralihan sokongan rakyat kepada parti itu .

Ketua Pemuda Umno KJ sendiri menawarkan pasukan pemudanya untuk memulakan perbincangan Kerajaan Perpaduan dan meminta supaya tidak dikenakan sebarang syarat untuk pertemuan tetapi KJ lupa , meminta tiada syarat juga adalah pra-syarat yang ditetapkan KJ , jadi dimana benarnya hujjah KJ itu ? .

Umno kemudiannya gelisah kerana tiada sambutan dari Pas sendiri malahan kepimpinan sedia ada sering menafikan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan BN , dan Timbalan Presidennya pula meminta rakyat supaya tidak mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan idea dari Umno , kerana kelihatannya Umno dan BN mampu untuk membentuk kerajaan walaupun tanpa Pas .

BN dan Umno melalui media massa perdananya termasuk TV memang mewar-warkan perara ini dengan harapan Pas akan dipencilkan oleh anggota Pakatan Rakyat lainya tetapi hasrat itu tidak mencapai kejayaan .

Biarpun Haji Hadi mengasaskan gagasan ini , tetapi tiada lanjutan kata dari Haji Hadi sendiri tetapi pemahaman penulis , Kerajaan Perpaduan itu ialah kerajaan yang dibentuk di kalangan PR sendiri .

Di Pulau Pinang , biarpun wujud kerajaan negeri PR , tetapi Pas tidak menganggotai kerajaan itu , begitu juga di Kedah sementara di Kelantan pula , hanya ada kerajaan Pas walaupun ada calon PKR yang bertanding disitu .

Ini lah inti pati sebenar Kerajaan Perpaduan yang ingin diutarakan oleh Haji Hadi , bukan kerajaan BN dan Pas saperti yang digembar gemburkan oleh media massa , kerana jika itu lah maksudnya , Pas seakan-akan menggali kubur sendiri .

Pengelaman Pas dalam BN bukan sadikit , pahitnya masih terasa terutamanya oleh pimpinan utama Pas sekarang dan tidak mungkin sejarah itu akan berulang , kecualilah kalau pimpinan Pas hari ini buta sejarah .

Mungkin BN dan Umno mudah melupakan bahawa Pas pernah satu ketika dulu adalah komponen mereka tetapi bagi Pas sendiri , ianya umpama pelanduk dan jerat , pelanduk mungkin melupakan jerat tetapi jerat tidak sekali-kali melupakan pelanduk .

Jangan lah Umno begitu teruja dengan Kerajaan Perpaduan dan berlebih-lebihan pula mewar-warkannya saolah-olah Umno begitu baik dan jujur untuk kepentingan rakyat , kerana rakyat hari ini benar-benar telah memahami dan mengerti yang mana intan dan yang mana kaca .

Jangan hidung tak mancung , pipi pula tersorong-sorong dan isu Kerajaan Perpaduan ini akan dijaja terutamanya di Manik Urai dengan harapan untuk memperolihi kemenangan pertama dalam sejarah politik pasca PRU ke 12 .

Biarpan Dap dimomokan sebagai parti anti Melayu tetapi sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang berjaya menjadi wakil rakyat melalui parti itu baik di peringkat DUN mahu pun parlimen tetapi pernahkah orang bukan Melayu mewakili parti Umno ?

Jadi mana satu yang bersifat perkauman dan atas sebab itu mungkin Kerajaan Perpaduan ini diutarakan oleh Haji Hadi dengan harapan bahawa semua kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat , harus mengandungi semua komponen PR kecuali bagi negeri yang tiada wakil parti itu .

Jika ini berjaya di aplikasikan , sudah pasti perpaduan dalan kerajaan PR akan bertambah erat dan peluang untuk menjadi Kerajaan Masa Depan terbuka cerah .

Ini mungkin pemahaman Haji Hadi dan bukannya memingkirkan rakan-rakan dalam PR dan bergandingan dengan Umno semata-mata untuk menjaga kepentingan parti itu sedangkan sejarah Pas dalam BN menunjukan bahawa Umno bukan rakan Pas yang baik .

Umno ke atau Pas yang sedang menjerat sekarang ?

Siapa pula yang sedang terjerat !!!!!!



Cilipadi – Manik Urai , Umno kalah lagi

Saturday, June 6, 2009

KEMATANGAN PAS TERSERLAH

MUKTAMAR PAS dah pun selesai , kejutan yang dijangkan akan berlaku terutama oleh mereka yang berada diluar parti itu tidak menjadi .

Ini kerana Pas adalah parti tulin dan ahli masih patuh kepada tradisi bahawa kepimpinan parti mesti berlandasan prinsip perjuangan ummah , bukan perjuangan untuk menobatkan seseorang .

Husam Musa sangat berpotensi dan mampu menjadi pemimpin besar tetapi bukan itu kemahuan ahli Pas masa kini .

Menobatkan Husam mahu pun Mat Sabu , saolah-olah mahu menjerumuskan Pas dalam kancah pertarungan politik yang tidak selari dengan perjuangan asli Pas , dimana kepentingan parti mengatasi segala-galanya .

Kalau kita masih ingat satu masa dulu , Pas sangat sinonim dengan Datuk Asri Haji Muda dimana Asri adalah Pas dan Pas adalah Asri .

Ramai beranggapan bahawa Pas akan hancur jika Asri tiada tetapi apabila Asri keluar , Pas tetap macam itu juga malahan berkembang lebih pesat lagi kerana , Asri adalah ahli Pas dan tidak ada ahli yang berhak untuk mengatasi kehebatan Pas itu sendiri .

Inti pati perjuangan itu lah yang mendominasi kepimpinan Pas dan Pas tidak mungkin berubah secara drastic saperti kemahuan sasatengah pihak kerana jika aturan itu diteruskan , Pas akan mengalami nasib saperti S 46 atau pun banyak parti lain , yang hancur apabila kepimpinannya berubah .

Ahli Pas sudah membuat keputusan sejak tiga penggal lahu bahawa Nasarudin adalah bakal pemimpin tertinggi Pas , maka semua ahli tidak kira bagaimana kuat pun pengaruh politik mereka , harus mematuhi tradisi itu .

Husam mungkin agak gopoh dan berasa mendapat sokongan kuat sedangkan sebahagian besar perwakilan adalah terdiri dari muka lama yang memegang kepada tradisi parti yang kukuh sejak ia ditubuhkan lagi .

Begitu juga Mat Sabu , biarpun beliau mempunyai mulut emas yang mampu menarik ramai orang mendengar ceramahnya , tetapi dari kepimpinan parti Mat Sabu harus menunggu sahingga ada kekosongan , barulah beliau dianggap layak untuk mengisi kerusi tersebut .

Jika tidak , tidak kira siapa pun pasti akan kecundang disebabkan mentality ahli Pas memang sudah diasuh dengan tradisi saperti itu .

Sebab itu , sokongan pengundi terhadap Pas tidak pernah berubah malahan makin bertambah kerana biar bagaimana tidak gemarnya mereka kepada calun yang bertanding tetapi apabila pilihan telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi , mereka akan akur dan akan membuang undi kepada calun lain .

Selagi tradisi mendengar kata ini berterusan , selagi itu Pas releven dengan politik Negara ini tidak kira berapa lama pun .

Jika Husam atau Mat Sabu terpilih kali ini , pastinya mentality ahli Pas sudah berubah daripada asalnya , dan kemungkinan itu akan menjerumuskan Pas kepada kancah kehancuran .

Keputusan mengekalkan Nasarudin sebagai Timbalan sangat tepat , kena pada masa dan diharap dalam muktamar akan datang , usaha untuk menggantikan beliau tidak lagi berlaku dan hanya apabila ada kekosongan di kerusi itu , barulah pertandingan sebenar dapat dijalankan .

Ingatlah , Manik Urai akan menjadi medan pertama kepimpinan baru Pas , jika Pas tidak berhati-hati , Pas juga boleh kecundang biarpun Kelantan adalah kubu kuat Pas .

Dalam perang Uhud , tentera Islam boleh kalah walaupun berada dikedudukan yang baik apabila adanya mereka yang tidak patuh kepada semangat perjuangan dan mementingkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan ummah .

Jangan biarkan badi Umno meresap dalam Pas .

Perubahan dalam Pas biarlah secara teratur bukan melangkaui susur galur tertib sahingga kelihatan saperti mengtasi kepentingan ramai .

Husam , Mat sabu dan Nasarudin juga perlu bermuhasabah diri supaya Pas mampu memimpin Negara dalam PRU akan datang .

Cili padi – sedang mengisi borang ahli pas .

Tuesday, June 2, 2009

PENANTI : MEMERANJATKAN DAN TERPERANJAT

KEPTUSAN PRK Penanti menepati ramalan .

PR melalui PKR menang mudah dan majoriti undi yang di perolihi jauh lebih besar dari calun sebelum ini - 5,558 undi.

Dr Mansor mendapat 6,052 undi manakala calun bebas Aminah Abdullah hanya mendapat 392 , Nai Khan 494 dan Ramizu hanya memperolihi 56 undi , kurang 6 undi dari perlimen Bukit Gantang .

Malangnya , peratusan keluar mengundi cuma 46 peratus sahaja sedangkan dianggarkan antara 70 hingga 75 peratus .

Jika diandaikan kesemua yang tidak keluar itu adalah penyokong BN yang akan mengundi BN , maka dijangkakan pengundi yang akan keluar akan bertambah antara 3,000 hingga 4,000 undi .

Mengambil kira jumlah pengundi Dr Mansor dan calun-calun lain , dijangkakan akan ada 10,000 pengundi dalam prk kali ini dan majoriti PKR kekal pada 2,212 malahan mungkin meningkat kerana hamper mustahil undi yang tidak keluarkan itu , secara keseluruhannya memangkah BN .

SPR patut mengkaji kenapa perkara ini berlaku , adalah ada usaha untuk menasihatkan rakyat supaya jangan keluar mengundi atau pengundi sendiri memboikot prk ini atas sebab tertentu .

Sekiranya trend ini berterusan , apakah ada kemungkinan rakyat muak dengan pilihnaraya atau adakah rakyat mula hilang keyakinan dengan SPR sendiri ?

Ini kerana ini kali pertama peratus keluar mengundi yang sangat rendah dan wajar kalau kajian terperinci dibuat bagi mengkaji sebab-sebabnya .

Adakah kerana calun yang bertanding kali ini lebih baik atau isu semasa yang mendominasi terutamanya isu kerajaan Perak yang menjadi sebab peningkatan undi calun PKR itu ?

Atau pun kerana Umno tidak bertanding maka undi yang di perolihi PKR semakin meningkat ?

Analisa segera perlu dibuat tetapi yang tepat hanya akan diketahu kemudian walaupun secara rambangnya isu-isu diatas lah yang mempengaruhi undi tersebut .

Umno dan BN semakin ditolak biarpun slogan demi slogan di war-warkan tetapi ianya tidak lebih dari satu slogan sahaja .

Satu Malaysia , pemimpin rakyat , rakyat didahulukan dan berbagai lagi , tetapi apakah rakyat merasakan roh slogan itu .

Memerangi rasuah adalah satu contoh dimana amalan itu amat berluas-luasaan dalam parti tertentu sedang dalam parti yang lain walaupun tidak dapat dibuktikan , tetapi dijadikan kambing hitam .

Begitukah yang rakyat kehendaki , sendiri berbuat salah tetapi kemudiannya menyalahkan orang lain untuk menutupi kesalahan yang dilakukan ?

Rakyat ada mata untuk melihat , ada telinga untuk mendengar , ada naluri dan ada perasaan untuk bukan sahaja memikirkan mana yang betul dan mana yang salah malahan untuk memberikan undi kepada parti yang mereka rasakan lebih betul dari parti yang mengakui sentiasa betul tetapi sebaliknya .

Perubahan mesti dilakukan tetapi kelihatnya macam perubahan kosmetik sahaja , bila bedak , gincu dan lipstik pudar , terserlah lah kembali belang dimuka kita .

Jadi , NPU Shafie Apdal jangan pula berpura-pura kuat dengan mengatakan Umno akan merampas kembali negeri yang dimenangi masa PRU ke 13 nanti yang hampir pasti , itu lah hari terakhirnya Umno sebagai parti dominan di Negara ini .

Hendaknya jangan lah ramalan ini menjadi kenyataan !



ciliadi – sekadar meramalkan saja .