Thursday, April 16, 2009

PENANTI ; SATU UJIAN ATAU PUJIAN ?

Wakil Rakyat Penanti , Fairuz akhirnya mengambil keputusan mengosongkan kerusi dun yang dimenenangi setahun lalu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai semula calun yang akan bertanding .

Sekali lagi , riuhlah sekitar Penanti dan Permatang Pauh dengan gerombolan politik bertandang kesana bagi mempengaruhi pengundi mengundi calun mereka .

Samada disengajakan atau memang kebetulan , rakyat terasa saolah-olah dipermainkan .

Lepas satu PRK , satu PRK lagi , memang sedap bila ada PRK tetapi sesedapmana pun PRK itu tetapi kalau sudah berulang kali , macam makan kari ayam , akhirnya muak juga .

Belum pun reda PRK di dua bukit dan satu batang , kini akan ada lagi PRK di Penanti .

Nampaknya macam ada kecenderungan untuk menggunakan rakyat bagi memuaskan hasrat dan kemahuan peribadi pihak tertentu .

Kesannya nanti , rakyat tidak lagi mempercayai pilihanraya kerana jika berlaku sadikit masaalah pada wakil rakyat , terus letak jawatan dan adakan PRK semula .

Jika lepas ini , calun yang menang di Penanti ada masalah lagi dan nak sambung belajar semula , perlukah pilihanraya semula ?

Berapa lama rakyat harus dibebankan dengan kerja-kerja sebegini kerana dalam tempuh 10 atau 12 hari kempen PRK itu , pengundi dan penduduk disitu rasa tidak senang , diburu sepanjang masa oleh perayu-perayu undi bagi mendapatkan sokongan mereka .

Dan salepas itu , terus lenyap , habuk pun tarak .

Ini lah yang berlaku sekarang .

Hentikanlah budaya ini , biar siapapun baik PR atau BN , perlulah tidak menjadikan PRK sebagai satu cara merealisasikan hasrat mereka .

Memulangkan kembali kepada rakyat adalah baik tetapi kalau kerap sangat , bukan baik yang muncul tetapi sebaliknya .

Pada peringkat ini , rasanya masih 50-50 lagi biarpun itu kubu kuat PKR tetapi kemuakan rakyat mungkin boleh mengubahnya .

Jika tidak maknanya , rakyat memang suka PRK dan teruskan lah meletakan jawatan jika menghadapi sadikit masalah .




pedas Eh - jadikan Penanti penamat PRK tahun ini .

3 comments:

  1. Salam tuan,

    SAYA MENYERU AGAR PARA BLOGGERS BERAMAI-RAMAI MENGEMUKAKAN SUPAYA BN BOIKOT PILIHANRAYA INI KERANA IA MEMBAZIR DUIT RAKYAT.

    LAGIPUN BN, MEMANG KALAH PUN KALAU BERTANDING, BUAT HABHIH BERAS JE? BIAR ANWAR AJE YANG BERKEMPEN.

    ReplyDelete
  2. ANWAR IBRAHIM memang confident kemenangan berpihak kepada PKR, jadi, BN sepatutnya jangan hantar calun untuk bertanding, hantar aje bebas, biar Anwar sibuk berkempen, BN focus menaikkan ekonomi yang sedang merudum.

    Orang putih kata, cut loses, so BN BIAR PI LAH pada si NUAR AL JUBURI TU.

    ReplyDelete
  3. BN kena juga letak calon. Tak boleh lah biar PKR menang tak bertanding. Lagi naik tocang la depa. Letak saja calon. Tak payah kempen. Tak habih duit.

    UMNO Pmtg Pauh seronok sangat ada PRK ni. Depa boleh buit duit lagi. Duit PRK dulu pun tak habih lagi.

    PKR nak letak Zahrain, kalau tak pun Dr Mansur. BN jangan letak Dato Jalil atau Firdaus sudahlah. Lain calon mungkin ada peluang sikit. Kalau tak menang pun, tak lah kalah teruk sangat.

    Bukannya tak boleh menang di Penanti ni. Masalah terbesar orang UMNO Pmtg Pauh duk berkelahi sesama sendiri. Orang kampung sampai naik meluat. Pasai tu saja. Bukannya depa suka sangat kat Anwar atau PKR, depa saja nak bagi padan muka UMNO. Dok berkelahi tak habih-habih. Berebut jawatan la dn macam-macam lagi.

    ReplyDelete