Tuesday, April 7, 2009

PR TAWAN NEGERI SEMBILAN ?

PEMBANGKANG mesti ambil iktibar dari keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau , tidak cukup kalau BN saja yang buat post mortem kerana PR pun patut buat sama .

BN untuk kaji kekalahan dan kesilapan mereka tetapi PR perlu buat kajian untuk mencari jalan bagaimana nak kekalkan kemenangan dan tambahan lagi kemenangan dikerusi yang lain .

Tidak mustahil PRU ke 13 , PR akan memerintah negara ini kerana ada 6 juta pengundi muda yang akan menyumbangkan undi kepada mereka .

Tapi jika PR pun macam BN juga , sukar nak berubah dan lebih mengutamakan citarasa mereka sendiri bukannya rakyat , PR pun boleh ruyup sama .

Pengundi tersebut bukan penyokong tegar PR , mereka tak suka kepada BNdan mengalihkan undi kepada PR , jadi berwaspadalah .

Jangan berulang kejadian saperti yang berlaku pada BN berlaku pula pada PR pula

D Negeri sembilan , terdapat 36 kerusi Dun , 15 dikuasai PR manakala bakinya 21 dikuasai BN .

Untuk memerintah , mesti menang 19 kerusi , perlukan lagi 4 kerusi .

Jika betul perancangannya , PR boleh menang terutamanya bagi kerusi Pilah , Johol dan Seri Menanti di Kuala Pilah , Jeram Padang dan Palong di Jempol , Pertang dan Sungai Lui dan Sungai Lui di Jelebu .

Jalankan kempen 3 tahun dari sekarang , insyaallah kemenagan boleh di harapkan .

Jadikan agenda rakyat sebagai agenda parti dan tentutukan rakyat membuat keputusan siapa calun seblum memilih mereka kerana inilah yang menjaminkan kemenenangan mereka dalam PRU .



Pedas Eh - sedia beri kerjasama

2 comments:

  1. ehh.. dah gila ke kau ni.
    KJ kaki RASUAH ada kat NS. Mana boleh PR menang.
    PR kan senang dibeli, tambah tambah Penasihat dewata agung Anwar Ibrahim.

    ishhh.. eko ni, bior bebetul.

    Anak Kuala Pilaj

    ReplyDelete
  2. BN perlu bergerak dengan cara yang berhemah daripada sekarang. Kalau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah, nampaknya apabila terjaga dari tidur, diri sudah terapung-apung dihanyut air. Lupakan segera agenda peribadi, perjuangkan nasib bangsa, agama dan negara demi meneruskan amanah yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Jangan disiakan harapan mereka yang telah bersusah payah memberikan kebahagiaan kepada anak cucu yang ditinggalkan. Jangan jadi pewaris yang meratah daging saudara sendiri.

    ReplyDelete