Monday, March 30, 2009

PARTI MENGUASAI KERAJAAN

UMNO memang cukup bijak , slogan demi slogan dijaja kepada rakyat bukan sahaja bagi menyokong kepimpinan mereka tetapi bagi bagi membantu mengukuhkan dan memperkuatkan bukan sahaja kedudukan parti itu tetapi juga diri mereka secara peribadi .

Slogan parti menguasai kerajaan adalah salah satu daripadanya dimana keadaan hari ini dimana BN memang mengusai kerajaan yang ada pada masa ini baik di negeri , pusat mahupun kerajaan tempatan .

Tidak cukup dengan itu , mereka bukan sahaja mahukan projek kerajaan dibawah pengaruh mereka disamping jawatan-jawatan saperti wakil rakyat , ahli majlis atau pengarah-pengarah disyarikat GLC , sekarang apa sahaja yang berlaku mesti melalui jari jemari mereka .

Begitu lah hebatnya Umno , tidak cukup lagikah bila saorang itu menjadi wakil rakyat , dia juga lah yang menjadi ahli majlis daerah dan dia jugalah yang menjadi pengarah syarikat GLC , apakah ini sebenarnya intipati slogan parti menguasai kerajaan .

Jika umno begitu kuat dengan 3.5 juta ahlinya , adalah lebih baik kalau ketua bahagian menjadi pegawai daerah dan YDP majlis tempatan , timbalannya sebagai ketua penolong pegawai daerah , naib ketua sebagai pen. pegawai daerah sementara AJK bahagian sebagai penghulu dan juga ketua-ketua jabatan di peringkat daerah saperti jurutera JPS daerah , pegawai kebajikan daerah atau mungkin JD JKR .

Sementara ketua cawangan menjadi ketua kampong dan AJK cawangan Umno menjadi JKKK , bukan kah itu lebih mudah bagi parti khususnya Umno menguasai kerajaan sepenuhnya .

Manakala kroni , anak mahupun isteri-isteri menjadi pegawai kerajaan disemua peringkat dan mereka harus diberikan peluang menguasai bukan sahaja projek pembangunan tetapi juga PPRT , bantuan kemiskinan dan kebajikan termasuk program rumah kos rendah .

Mudah sahaja slogan parti menguasai kerajaan diimplimentasikan dan percayalah , dalam perhimpunan Umno akan datang , slogan ini tidak akan timbul lagi dan kalau timbul pun ianya semata-mata satu pujian bahawa slogan itu telah membawa banyak kesenangan , kemewahan dan kepada pemimpin Umno tertentu .

Maka mudah lah untuk mereka bermewah-mewah , memberikan sumbangan pada masjid dan surau , membantu rakyat yang inginkan sadikit wang apabila kehabisan beras atau menunjuk-menunjuk sikap pemurah dan baik hati mereka .

Selanjutnya , slogan itu bergerak keperingkat negeri dan pusat , dimana parti Umno atau kalau lebih baik lagi parti BN menguasai segala-galanya .

Lagi pun yang memerdekakan Negara ini adalah BN melalui perikatan manakala rakyat parti lain tidak menyumbang apa-apa ?

Begitu lah kehendak slogan tersebut , biarpun hakikatnya sekarang memang parti menguasai kerajaan tetapi ianya masih tidak cukup disebabkan tombolok mereka sangat besar dan perlu diisi dengan banyak .

Tidak cukup masaalah yang dihadapi oleh pegawai daerah , penolong pegawai daerah mahu pun penghulu atau ketua jabatan daerah bila melaksanakan satu-satu projek kerana ada sahaja tangan ghaib yang cuba untuk memastikan projek itu jatuh ketangan kroni tertentu .

Soal kualiti kerja tidak lagi menjadi ukuran asalkan kroni mereka yang mendapatnya tetapi jika bukan , bermakna akan adalah komplen yang bukan sadikit terhadap pegawai yang melaksanakannya .

Jika begitu , baik diserahkan sahaja jawatan jurutera daerah kepada pimpinan Umno bahagian termasuk wakil rakyat dan dengan kekuatan dan kepakaran mereka yang sememangnya hebat , biarlah mereka melaksanakannya untuk kepentingan rakyat .

Maka terlaksanalah slogan parti menguasai kerajaan dan kalau boleh biarlah parti seramai 3.5 juta itu juga menguasai rakyat 27 juta dinegara ini .




Pedas eh – bagaimana pula kalau slogan baru dicipta - kerajaan menguasai parti

1 comment:

  1. Sekarang ini memang kerajaan menguasai parti. Ini adalah kerana kebanyakan ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan sebilangan besar ahli MT adalah juga anggota eksekutif kerajaan( Kabinet/menteri). Dasar dan kehendak eksekutif kerajaan ditekankan ke atas parti. Pandangan dan pendapat ahli parti yang seramai tiga juta tidak memberi kesan keatas urustadbir negara dan dasar yang dibuat oleh kerajaan. Segala yang dilakukan oleh kerajaan tidak berpandukan kehendak ramai dalam parti. MT UMNO umpama mini kabinet sahaja. Kuasa dan pengaruh meeka yang menjadi anggota eksekutif kerajaan telalu besar ke atas parti. Itu maksudnya kerajaan menguasai parti. Ini berlaku kerana ahli parti sebelum ini dipesongkan kekuatan mereka untuk melihat kerajaan yang menentukan perjalnan parti dan bukannya parti yang menentukan perjalanan kerajaan. Apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak, orang UMNO sendiri menyokong tindakan kerajaan kerana memikirkan tindakan membantah kerajaan ditafsirkan sebagai menentang kepimpinan. Ini adalah persepsi yang salah. Ahli UMNO sebenarnya harus mengkritik tindakan kerajaan itu kerana tindakan kerajaan itu juga mendatangkan masalah kepada bukan sahaja orang ramai tetapi ahli UMNO menerima kesannya. UMNO tidak berfungsi sebagai parti politik yang memperjuangkan masalah rakyat tetapi dilihat menjadi sebahagian dari kerajaan. Inilah pandangan ramai rakyat terhadap UMNO yang mengakibatkan terhakisnya sokongan. Dasar kerjaan menjadi dasar parti dan bukn sebaliknya.

    Apabila parti menguasai kerajaan, dasar parti yang ditentukan bukan sahaja oleh kepimpinan parti tetapi keseluruhan ahli parti, yang menjadi dasar kerajaan. Bukannya sebagaimana, tulisan penulis. Itu pandangan yang tidak tepat, mungkin juga salah.

    Kerajaan dibentuk melalui pilihanraya. Kerajaan terbahagi kepada tiga cabang, eksekutif, perundangan dan kehakiman. Parti pembangkang juga adalah sebahagian dari kerajaan yang terlibat dalam cabang perundangan yakni Dewan Rakyat. Cabang Eksekutif dibantu oleh kakitangan kerajaan dalam menjalankan urustadbir negara. Kelemahan cabang ini akan memberi kesan negatif kepada kerajaan yang secara lansung memberi kesan kepada parti.

    Fikiran yang lebih terbuka perlu ada bukan sahaja dikalangan penjawat jawatan kabinet, malah keseluruhan keanggotaan parti dan rakyat. Persepsi negatif dan pandangan sempit ke atas apa yang sedang berlaku sekarang tidak akan membawa kebaikan untuk ramai.Perubahan pendekatan perlu ada.

    UMNO dan parti-parti politik akan dilihat lebih tulus dan jujur dalam memperjuangkan rakyat jika parti-parti politik memkemampuan untuk menguaai kerajaan dan dasarnya.

    ReplyDelete