Sunday, June 14, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Hidung Tak Mancung , Pipi Tersorong-Sorong .

Presiden Pas telah dua kali mengutarakan Kerajaan Perpaduan , satu sebelum muktamar yang kemudiannya ditarik balik tetapi kemudiannya semasa muktamar yang kemudiannya di tolak perwakilan .

Apa yang jelas ialah Kerajaan Perpaduan yang dipahami orang ramai khususnya ahli Umno dan Pas , mungkin bukan dimaksudkan saperti yang digembar gemburkan sekarang sebaliknya ialah Kerajaan Perpaduan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri .

Kenapa Umno begitu beriya-iya mentafsirkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu adalah antara Umno dengan Pas atau lebih tepat lagi antara BN dan Pas , dengan maksud untuk memencilkan Pas dikalangan kelompok Pakatan Rakyat bagi memudahkan peralihan sokongan rakyat kepada parti itu .

Ketua Pemuda Umno KJ sendiri menawarkan pasukan pemudanya untuk memulakan perbincangan Kerajaan Perpaduan dan meminta supaya tidak dikenakan sebarang syarat untuk pertemuan tetapi KJ lupa , meminta tiada syarat juga adalah pra-syarat yang ditetapkan KJ , jadi dimana benarnya hujjah KJ itu ? .

Umno kemudiannya gelisah kerana tiada sambutan dari Pas sendiri malahan kepimpinan sedia ada sering menafikan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan BN , dan Timbalan Presidennya pula meminta rakyat supaya tidak mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan idea dari Umno , kerana kelihatannya Umno dan BN mampu untuk membentuk kerajaan walaupun tanpa Pas .

BN dan Umno melalui media massa perdananya termasuk TV memang mewar-warkan perara ini dengan harapan Pas akan dipencilkan oleh anggota Pakatan Rakyat lainya tetapi hasrat itu tidak mencapai kejayaan .

Biarpun Haji Hadi mengasaskan gagasan ini , tetapi tiada lanjutan kata dari Haji Hadi sendiri tetapi pemahaman penulis , Kerajaan Perpaduan itu ialah kerajaan yang dibentuk di kalangan PR sendiri .

Di Pulau Pinang , biarpun wujud kerajaan negeri PR , tetapi Pas tidak menganggotai kerajaan itu , begitu juga di Kedah sementara di Kelantan pula , hanya ada kerajaan Pas walaupun ada calon PKR yang bertanding disitu .

Ini lah inti pati sebenar Kerajaan Perpaduan yang ingin diutarakan oleh Haji Hadi , bukan kerajaan BN dan Pas saperti yang digembar gemburkan oleh media massa , kerana jika itu lah maksudnya , Pas seakan-akan menggali kubur sendiri .

Pengelaman Pas dalam BN bukan sadikit , pahitnya masih terasa terutamanya oleh pimpinan utama Pas sekarang dan tidak mungkin sejarah itu akan berulang , kecualilah kalau pimpinan Pas hari ini buta sejarah .

Mungkin BN dan Umno mudah melupakan bahawa Pas pernah satu ketika dulu adalah komponen mereka tetapi bagi Pas sendiri , ianya umpama pelanduk dan jerat , pelanduk mungkin melupakan jerat tetapi jerat tidak sekali-kali melupakan pelanduk .

Jangan lah Umno begitu teruja dengan Kerajaan Perpaduan dan berlebih-lebihan pula mewar-warkannya saolah-olah Umno begitu baik dan jujur untuk kepentingan rakyat , kerana rakyat hari ini benar-benar telah memahami dan mengerti yang mana intan dan yang mana kaca .

Jangan hidung tak mancung , pipi pula tersorong-sorong dan isu Kerajaan Perpaduan ini akan dijaja terutamanya di Manik Urai dengan harapan untuk memperolihi kemenangan pertama dalam sejarah politik pasca PRU ke 12 .

Biarpan Dap dimomokan sebagai parti anti Melayu tetapi sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang berjaya menjadi wakil rakyat melalui parti itu baik di peringkat DUN mahu pun parlimen tetapi pernahkah orang bukan Melayu mewakili parti Umno ?

Jadi mana satu yang bersifat perkauman dan atas sebab itu mungkin Kerajaan Perpaduan ini diutarakan oleh Haji Hadi dengan harapan bahawa semua kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat , harus mengandungi semua komponen PR kecuali bagi negeri yang tiada wakil parti itu .

Jika ini berjaya di aplikasikan , sudah pasti perpaduan dalan kerajaan PR akan bertambah erat dan peluang untuk menjadi Kerajaan Masa Depan terbuka cerah .

Ini mungkin pemahaman Haji Hadi dan bukannya memingkirkan rakan-rakan dalam PR dan bergandingan dengan Umno semata-mata untuk menjaga kepentingan parti itu sedangkan sejarah Pas dalam BN menunjukan bahawa Umno bukan rakan Pas yang baik .

Umno ke atau Pas yang sedang menjerat sekarang ?

Siapa pula yang sedang terjerat !!!!!!



Cilipadi – Manik Urai , Umno kalah lagi

No comments:

Post a Comment