Saturday, June 6, 2009

KEMATANGAN PAS TERSERLAH

MUKTAMAR PAS dah pun selesai , kejutan yang dijangkan akan berlaku terutama oleh mereka yang berada diluar parti itu tidak menjadi .

Ini kerana Pas adalah parti tulin dan ahli masih patuh kepada tradisi bahawa kepimpinan parti mesti berlandasan prinsip perjuangan ummah , bukan perjuangan untuk menobatkan seseorang .

Husam Musa sangat berpotensi dan mampu menjadi pemimpin besar tetapi bukan itu kemahuan ahli Pas masa kini .

Menobatkan Husam mahu pun Mat Sabu , saolah-olah mahu menjerumuskan Pas dalam kancah pertarungan politik yang tidak selari dengan perjuangan asli Pas , dimana kepentingan parti mengatasi segala-galanya .

Kalau kita masih ingat satu masa dulu , Pas sangat sinonim dengan Datuk Asri Haji Muda dimana Asri adalah Pas dan Pas adalah Asri .

Ramai beranggapan bahawa Pas akan hancur jika Asri tiada tetapi apabila Asri keluar , Pas tetap macam itu juga malahan berkembang lebih pesat lagi kerana , Asri adalah ahli Pas dan tidak ada ahli yang berhak untuk mengatasi kehebatan Pas itu sendiri .

Inti pati perjuangan itu lah yang mendominasi kepimpinan Pas dan Pas tidak mungkin berubah secara drastic saperti kemahuan sasatengah pihak kerana jika aturan itu diteruskan , Pas akan mengalami nasib saperti S 46 atau pun banyak parti lain , yang hancur apabila kepimpinannya berubah .

Ahli Pas sudah membuat keputusan sejak tiga penggal lahu bahawa Nasarudin adalah bakal pemimpin tertinggi Pas , maka semua ahli tidak kira bagaimana kuat pun pengaruh politik mereka , harus mematuhi tradisi itu .

Husam mungkin agak gopoh dan berasa mendapat sokongan kuat sedangkan sebahagian besar perwakilan adalah terdiri dari muka lama yang memegang kepada tradisi parti yang kukuh sejak ia ditubuhkan lagi .

Begitu juga Mat Sabu , biarpun beliau mempunyai mulut emas yang mampu menarik ramai orang mendengar ceramahnya , tetapi dari kepimpinan parti Mat Sabu harus menunggu sahingga ada kekosongan , barulah beliau dianggap layak untuk mengisi kerusi tersebut .

Jika tidak , tidak kira siapa pun pasti akan kecundang disebabkan mentality ahli Pas memang sudah diasuh dengan tradisi saperti itu .

Sebab itu , sokongan pengundi terhadap Pas tidak pernah berubah malahan makin bertambah kerana biar bagaimana tidak gemarnya mereka kepada calun yang bertanding tetapi apabila pilihan telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi , mereka akan akur dan akan membuang undi kepada calun lain .

Selagi tradisi mendengar kata ini berterusan , selagi itu Pas releven dengan politik Negara ini tidak kira berapa lama pun .

Jika Husam atau Mat Sabu terpilih kali ini , pastinya mentality ahli Pas sudah berubah daripada asalnya , dan kemungkinan itu akan menjerumuskan Pas kepada kancah kehancuran .

Keputusan mengekalkan Nasarudin sebagai Timbalan sangat tepat , kena pada masa dan diharap dalam muktamar akan datang , usaha untuk menggantikan beliau tidak lagi berlaku dan hanya apabila ada kekosongan di kerusi itu , barulah pertandingan sebenar dapat dijalankan .

Ingatlah , Manik Urai akan menjadi medan pertama kepimpinan baru Pas , jika Pas tidak berhati-hati , Pas juga boleh kecundang biarpun Kelantan adalah kubu kuat Pas .

Dalam perang Uhud , tentera Islam boleh kalah walaupun berada dikedudukan yang baik apabila adanya mereka yang tidak patuh kepada semangat perjuangan dan mementingkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan ummah .

Jangan biarkan badi Umno meresap dalam Pas .

Perubahan dalam Pas biarlah secara teratur bukan melangkaui susur galur tertib sahingga kelihatan saperti mengtasi kepentingan ramai .

Husam , Mat sabu dan Nasarudin juga perlu bermuhasabah diri supaya Pas mampu memimpin Negara dalam PRU akan datang .

Cili padi – sedang mengisi borang ahli pas .

1 comment: