Thursday, June 18, 2009

AIR KOSONG , JANJI KOSONG

BIASANYA bila kita kekedai makanan , kita lebih suka meminta air kosong sebagai menu utama semasa makan tengahari , dengan maksud untuk mengurangkan kos makanan selain menyihatkan badan .

Tetapi tiada yang free sekarang , biarpun sekadar air kosong , tetapi air kosong juga perlu dimasak dan diambil dari air paip yang dibayar , jadi air kosong juga dikenakan kos .

Bagi segelas air kosong , ia berharga antara 20 sen dan 30 sen dan jumlah ini memang tidak dimaklumkan penjual tetapi jika si pembeli mengira sendiri harga makanan , pasti jumlah terlebih 20 atau 30 sen .

Begitu juga janji kosong , biar pun ramai yang menganggap bahawa membuat janji kosong tidak ada kesannya tetapi jika ahli politik yang membuat janji kosong , bayaran akan dituntut apabila tiba masa mengundi baik dalam persatuan , parti itu sendiri mahupun semasa PRK dan PRU .

Sekarang ini , janji kosong sudah menjadi semacam satu mainan tetapi jangan lupa , bila sampai masanya , janji kosong itu akan dikenakan bayaran dan akibatnya akan dirasai apabila ianya dituntut rakyat .

Di Manik Urai sekarang ini , janji kosong berlegar dengan begitu hebat sekali baik dari kalangan pembangkang , pemerintah mahupun penduduk tempatan disitu .

Mengadakan projek pembangunan , membaiki jalan dengan segera , menjadi hamba rakyat , sedia berkhidmat siang dan malam , sanggup turun padang dan menoreh bersama adalah antara janji-janji yang sedang lunak dilagukan dan tidak mustahil ada diantaranya adalah janji kosong saja .

Ada janji yang ditunaikan secara mee segera , ada yang ditunaikan dalam hati dan tak kurang pula janji untuk menjadikan Manik Urai seindah bandaraya sekiranya pengundi disana memilih calun mereka .

Tetapi sebatang jalan yang disiarkan di media massa baru-baru ini menjadi contoh bahawa sejak lebih pulohan tahun , jalan itu terbiar , tidak di perbaiki seelok-eloknya biarpun kedua-dua pihak pernah menang dan menjadi pemimpin dikawasan itu .

Jika begitu , lebih baik buat janji dengan air lior basi kerana sudah tentu tidak ada siapa yang ingin membelinya kerana janji kosong itu pasti akan memakan mereka yang membuatnya .



cilipadi - dari berjanji kan lebih baik buat saja tanpa janji

No comments:

Post a Comment